Rabu, 4 Januari 2012

.: PERLUKAH WANITA BEKERJA??:.


Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya. 
  • Keharusan ini termasuk dalam umum ayat Allah SWT iaitu :-

Ertinya : "Bagi lelaki bahagian yang ia usahakan dan bagi wanita bahagian yang ia usahakan" ( An-Nisa : 32 )
  • Nabi SAW pula telah menyebutkan bahawa :-

ما أكل أحد طعاما قط خيرا من أن يأكل من عمل يده
Ertinya : "Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan hasil dari tangannya sendiri" ( Riwayat, Al-Bukhari, no 1966, Fath Al-bari, 4/306)

  • Sabda Nabi saw : “ Mencari rezeki yang halal adalah fardhu selepas daripada fardhu” (Miskat Musabbih)


“Fridhatun ba’dal faridhah…” “Fardhu selepas daripada fardhu” telah dihuraikan oleh ulama hadis bahawa berusaha mencari rezeki yang halal dalam masa yang sama menyempurnakan fardhu yang “maktubah”. Contoh fardhu yang “maktubah” seperti solat fardhu, muamalat dan muasyarat ketika mencari rezeki berkenaan serta juga memelihara diri dari perkara-perkara yang diharamkan ketika keluar bekerja mencari rezeki tadi.



Syariat telah menentukan bahawa lelaki lah yang keluar mencari rezeki manakala wanita berada di rumah sesuai dengan fitrah mereka. Namun begitu bagi wanita yang ‘terpaksa’ keluar mencari rezeki bagi menampong keluarga maka syariat telah menggariskan beberapa adab agar mereka terselamat dari fitnah di luar.





(@) Kalimat ‘terpaksa’ ini boleh diketogori kepada beberapa perkara :-



a) Kerana kematian suami manakala tanggongjawab memelihara anak-anak telah terpikul pada dirinya.



b) Pendapatan suami tidak dapat menampong keluarga pada perkara-perkara asas dalam kehidupan. Bukan perbelanjaan pada perkara bermewah-mewah.



c) Bagi wanita yang belum bersuami yang terpaksa keluar bekerja bagi memelihara ibubapa yang tua serta adek-adek yang masih kecil.



d) Bagi wanita yang “Pakar” dalam sesuatu bidang yang kepakaran itu hanya ada padanya ketika itu dan di tempat itu yang tampanya tuntutan “fardhu Kifayah” tercicir maka “wajib” baginya keluar bekerja. Contoh : Doktor Pakar Sakit Puan.





Namun begitu wanita yang keluar bekerja (mencari rezeki) telah ditentukan oleh syariat beberapa adab dan syarat yg disebut oleh para ulama antaranya :-




ADAB-ADAB WANITA BEKERJA


1) Pekerjaan itu mestilah tidak bertentangan dengan syariat dari semua sudut samada maumalat mahupun muasyarat.



2) Terdapat keperluan : menyebabkan ia terpaksa keluar dari tanggungjawab asalnya (iaitu peranan utama kepada rumahtangga) seperti :-


      a- Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan.

     b- Memberikan bantuan kepada dua ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur  tubuhnya.

      c- Membantu bisnes suami yang memerlukan banyak tenaga dan kos.

     d- Mempunyai keistemewaan yang hebat sehinggakan kemahiran ini sangat diperlukan oleh masyarakat umumnya.


3) Pekerjaan itu mestilah bersesuaian dengan naluri wanita dan kemampuan fizikalnya. Contoh : Tukang jahit, jururawat, doktor, pendidik dan lain-lain.



4) Tempat bekerjanya itu bebas dari fitnah pada dirinya. Bukan tempat yang membuka ruang fitnah padanya. Contoh: Pelayan Pub dan Karaoke walau pun pekerjaan itu sesuai dengan naluri wanita namun mengundang fitnah yang banyak.



5) Wanita berkenaan hendaklah menutup aurat yang sempurna ( mengikut syariat) supaya tidak mengundang fitnah



6) Para wanita diharamkan bertingkah laku shhga menimbulkan syahwat lelaki bukan muhrim.Seperti mengeluarkan suara yg menggoda @ memerdukannya @ manja
 dll..Larangannya tegas dan jelas di dalam Al-Quran: 



(QS Al-Ahzaab 32).





7) Perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja juga bebas dari fitnah. Contoh : tidak menumpang kenderaan ke tempat kerja bersama lelaki yang bukan mahramnya. 



8) Tidak bergaul mesra dengan lelaki yang bukan mahram melainkan pada perkara penting urusan kerja.sebagaimana dalil yang menunjukkan keperluan untuk tidak bercampur dan berasak-asak dgn kmpln lelaki sewaktu bekerj adalah firman Allah swt:





(al-Qasas:23-24)



9) Menjaga akhlak sepanjang pekerjaan tersebut.



10) Pakaian, wangian, dan solekan mestilah tidak menarik perhatian lelaki.. kerana tabarruj haram.

(al-Ahzab:33)

11) Mendapat izin dari suami

12) Tidak berlaku ikhtilat samada dlm perjalanan, mahupun ketika menjalankan tugasan 

13) Tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak perempuan @ isteri (tugasan2 di rumah) @ seorg ibu..





14) Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki.

15)  Mestilah berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecatatan dalam pendidikan anak-anak.

16) Digalakkan ianya dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan bukan selama-
lamanya sehingga pencen. Sepatutnya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan 
menanggung seluruh keluarga dengan baik. Kecuali jika mempunyai kualiti yang amat diperlukan oleh masyarakat umum. 

*Jika syarat tersebut tidak dapat dipenuhi, maka tidak harus wanita tersebut keluar bekerja. 


Rujukan:

-       Prof. Dr Md Uqlah Al-Ibrahim antaranya ( Nizam Al-Usrah, 2/282 ; Al-Mar'ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama', hlm 18) 
- Al-mar’ah baina al-fiqh wal-qanun (dr. Mustafa as-siba’ie)
-    Fatawa wa ahkam lil mar’ah al-muslimah (asy-syeikh ‘atiyyah soqor, ketua lajnah fatwah al-azhar)
-      Fatawa an-nisa’ (prof. dr. ali jumuah, mufti mesir)

-

Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16  bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :-

1.       Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri
Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Shariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya.

2.       Nafkah perkahwinan
Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).

3.       Isteri keluar bekerja
Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.

Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

4.       Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).

Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri

Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan merkea termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.

Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain)

5.       Kerja Sebagai Syarat
Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.

Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.


Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.

Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.


6.       Perkongsian isteri dalam pemilikan harta
Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.


  • 7.       Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan
  • Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberpaa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Shariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.

  • Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi

  •  Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan










3 ulasan:

Danial_arif berkata...

Terima kasih diatas perkongsian yang amat berguna ini..^_^

fuad ansari berkata...

really nice sharing.. thanks.. (",)

aQielahuZihan berkata...

mohon untuk copy paste and share di blog...boleh?