Isnin, 26 Disember 2011

TANYALAH USTAZ: PERUBATAN ISLAM V3

insyaAllah..versi ke-3..ni yg last dlm tajuk ni..segala kekurangan hrp2 sahabat blh topupkan ye..selamat mencuba sy ucapkan..ingat pesan ustaz Sharhan..kita niatkan semasa berubat: 1)kita nak dptkan pahala 2) kita nak kesembuhan..yakin sgguh2 Allah yg beri sakit, Allah jualah pemberi ubat.."waiza maridtu fahua yashfiin"..


KEROSAKAN TULANG BELAKANG

1) surah al-Mukminun: 11-14


2) surah at-tin
3) surah al-isra': 70

Cara2nya: baca pada minyak dan sapu pada tempat yg sakit.


KURANG DARAH (ANEMEA)

  1. Al-Fatihah
  2. ayatul Qursi
  3. ayat syifa'




MASALAH RUMAHTANGGA (DI SIHIR)

  1. Al-Baqarah: 102

  1. surah ar-Rum: 22


Cara2nya: baca setiap kali habis solat..niat dan yakin dgn Allah Maha Penyembuh..










Sabtu, 24 Disember 2011

.: TANYALAH USTAZ: PERUBATAN ISLAM V2 :.

Alhamdulillah..Allah bg kesempatan lg pada saya utk menulis sambungan perubatan islam kali ke-2..okey, jom kita tgk mana2 yg boleh kita share..tafaddol..


DOA MERAWAT LAMBAT CAKAP/GAGAP



(surah al-Baqarah: 31-32)
  • Cara2nya: tiup pada kepala anak2 @ tiup pada air dan minum


MERAWAT PENYAKIT SIHIR


(surah Yunus: 81-83)
  • Pesanan ustaz: ayat "innallaha sayubtiluhu" itu perlu di baca dgn yg betul..perlu menjaga qalqalahnya..insyaAllah, ia memberi kesan kpd rawatan..ssghnya Allah Penyembuh sakitkan..
  • apabila sampai pd ayat td, niat dan yakin sungguh2 Allah akan membatalkan sihir itu..insyaAllah..


DOA SAKIT LUTUT / GOUT / SENDI 
(yg melibatkan ada bendalir)

1) al-fatihah
2)ayatul Qursi
3) (surah al-mukminin: 11-14)




4) (surah al-baqarah: 22)



  • cara2nya: ambil pokok lidah buaya, kupas kulitnya (ambil jelinya shj) dan dibaca ayat2 di atas kemudian sapu di tempat yg sakit td sprti lutut dan sendi2..
  • ustaz kata: lidah buaya itu menyamai bendalir yang berada di lutut dan sendi2..insyaallah..


TIPS MENDAPAT ZURIAT

1) Ikhtiar
2) Makan madu asli + telur ayam kampung..
    Cara2nya: suami ambil 14 biji + isteri juga ambil 14biji..bacakan surah at-tin pd madu dan telur..makan 1biji selang sehari..



MENGUBATI RESDUNG

1) al-fatihah
2)ayatul Qursi
3) surah Fussilat: 44


Cara2nya: 
1) Ambil air kolah masjid (alasannya air ini ada kesan positif kerana selalu di azankan)
2) dibacakan ayat di atas dan sedut masuk ke dalam hidung dan selebihnya basuh muka.


insyaAllah kita sambung versi ke3 pulak ye..hehehe..ada kerja lain yang perlu di bereskan dahulu..
~wa ilalliqa'~












Jumaat, 23 Disember 2011

.: TANYALAH USTAZ: PERUBATAN ISLAM V1 :.

Assalamualaikum... 
sahabat2 yg di redhai Allah swt..sy mendoakan smg sihat disamping mendapat iman yg sempurna dr Allah swt n beramal cara Rasulullah saw..

Alhamdulillah..
syukur saya ke hadrat Allah swt..mlm td sempat saya menonton Tanyalah Ustaz di TV9 (ulangan sebenarnya)..tajuk yg sangat menarik; PERUBATAN ISLAM..yg di sampaikan oleh Ustaz Sharhan Shafie..beliau membincangkan tentang doa2 untuk merawat sebarang penyakit menggunakan ayat2 di dalam al-quran. kita yakin al-quran adalah kalam Allah yg blh menjadi penyembuh dgn izin Allah tp mengapa kita masih tidak pernah yakin dan mencubanya?? bak kata ustaz: "Orang yang rajin mencuba, dia adalah orang yang berjaya"

saya, adik2 dan ummi tidak melepaskan peluang untuk menonton dan mencatit serba  sedikit malam td (sambil ummi bermain internet; MyResipi) heh~ 

saya tak sabar2 nak sampai ke pagi sbb nak sangat2 share apa yg saya dapat selama 3hari ni..kepada sahabat2, saya minta betulkan mana yang saya salah dan mungkin tertinggal menyalin..(maklum jelah salin sambil ngantuk2)


DOA SAKIT2 DI BADAN

1) al- fatihah
2) ayatil Qursi

3) (surah fussilat: 44)



4) (surah as-syuara': 80)



5) (selawat syifa')

  • cara2nya: baca dan sapukan pada tempat yg sakit.



DOA MENGURANGKAN KOLESTEROL

1) al- fatihah
2) ayatul Qursi






3) (surah yunus: 57)


  • menurut kata2 ustaz Sharhan Shafie, kebanyakan sakit dtg dr dada..doa ini sgt baik utk penyakit yg berpunca dr hati bertepatan dgn maksud ayatnya..
  • Cara2nya:meletakkan tangan di dada n membaca al-fatihah,ayatul Qursi n doa ini slps solat Isyak.




DOA BERADA DI SESUATU TEMPAT YG TIDAK MENYENANGKAN



1) (surah al-hasyr: 21)




2) (surah yunus: 57)


3) (surah fussilat: 44)


  • masa ni ada pemanggil yg bertanya tentang suaminya yg tidak boleh berada di tempat kerja. suaminya akan rasa sakit dan jatuh di tempat kerja.
  • cara2nya: meletakkan tangan di atas dada, baca sebanyak 7x, setiap selepas solat fardu.
  • sekiranya kritikal, ambil air zam-zam, buat solat hajat,bismillah, niat, baca doa2 di atas sbyk 21x dan hembuskan dlm air zam-zam.
  • boleh juga di baca untuk ketenteraman rumah kita.

DOA MIGRAIN




(surah waqiah: 19)

  • ini ialah cara yang saya amalkan selalu: baca dan hembuskan pada air, kemudian sapukan di kepala.


nanti saya sambung lagi ye..adik bertuah saya nak guna laptop pulak..selamat mencuba..tapi bukan cuba sebarang cuba..ustaz kata mesti niat, aku berubat untuk dapatkan pahala dan selepas itu niat untuk kesembuhan..pendapat saya yg serba kerdil ini..kesembuhan penyakit ini bergantung pada pergantungan hati seseorang itu..kiranya kita teguh dan yakin bahawa Allah lah Penyembuh Penyakit..insyaAllah apa2 penyakit pun blh di ubati..sebaliknya apabila kita yakin pd yang lain seperti ubat, doktor, bomoh dll yang mengubati penyakit, maka kurang keberkesanannya dan takut2 kita mensyirikkan Allah kerana yakin selain dr  ALLAH..nauzubillah min zalik..selamat mencuba!!




Selasa, 20 Disember 2011

.: BESTNYA RINDU NI :.

assalamualaikum..
sahabat yg diredhai Allah sekelian..wah wah wah..lamanya x menulis ni..laptop ada je dpn mata tp tgn n otak ni mcm malas nk bergerak..heh,alasan sgt byk..byk sgt yg nk share tp malas sggh nk menulis..hai masa, izinkan la aku mengejarmu..huish..

huh..sebenarnya nk tulis ape pn tak tahu..tp tajuk kt atas dah boh siap2..contentnya bersepah lg..bercampur baur dgn kemalasan yg ada..wahai malas, pergilah jauh2..aku nk menulis ni..

RINDU??? knp ntah saya letak tajuk ni..apa yg bestnya rindu ni ye..

RINDU nak menulis ke?

RINDU nak dok kuala nerang ke??

2 RINDU sama suami sy???

ntah..peningkan..

mybe yg ke3 agak tepat kot..haduh, blh jatuh terduduk memikirkan mu wahai suami..mujurlah pemergian mu kerana AGAMA..kalo tidak sekarang juga ku tuntut supaya pulang bersamaku..

takpe..lg 2 mggu lg kita nak ketemu..pulangmu akan ku nntkan dgn penuh kegembiraan..tak sabar nak tggu cerita n karkuzari2 dr Seremban..cerita yang membolehkan iman ku meningkat..spy amalku jd lbh mantap..spy iman ku lbh teguh pd Allah dan Rasul..spy kita hidup dgn ada pegangan yg kuat pd agama..

biar lah pemergianmu ini byk di keji n di caci oleh manusia di sekelilingku..tp aku yakin, pulangmu membawa iman yg sempurna,amal yg sahih hasil kecekalanmu, kesungguhanmu, susah payahmu dlm menegakkan agama kita..aku yakin ini jalan kita; jalan Allah n Rasul..

takde apa yg bermakna  n membahagiakan aku dlm hidup ini melainkan dpt iman yg sempurna, dpt beramal kpd allah n ikut cara Rasulullah, memiliki keluarga yg sntiasa hidup dlm suasana agama, memiliki anak2 yg ramai soleh n solehah..(makbulkan doa kami yaAllah)

kerana aku yakin satu "apabila kita mengejar akhirat, Allah akan dtgkan dunia dlm keadaan hina di hadapan kita"..dunia dtg bergolek2 depan kita tanpa kita sedari..betulkan abang???

insyaAllah..smg berjumpa lg abg..rindu itu nikmat dr Allah yg tidak ada nilai tandingnya..betullah kata pepatah.."SYG ISTERI TINGGAL2 KAN, SYG ANAK TANGAN2 KAN"

~SALAM SAYANG BERPANJANGAN~