Jumaat, 28 September 2012

Khamis, 20 September 2012

.: PANGGILAN PERTAMA :.


السلام عليكم ورحمة الله وبركة



SALAM JUMAAT..
SEMOGA HARI JUMAAT INI MENDATANGKAN KEBERKATAN DALAM 
HIDUPKU JUA KALIAN..

Alhamdulillah..Allah beri sekali lg nikmat kehidupan ini dan semestinya aku sebagai hambaNya wajib bersyukur dengan semua nikmat ini..



YaAllah..ingatan pd Nizamuddin mmg kuat semenjak dua menjak ini..mgkin sbb aku tahu suamiku di sana..@ mungkin Allah sudah dengar doa suamiku..Ya, itu pesananku sblm suamiku berangkat pergi..aku berpesan padanya..sampai sahaja di masjid Nizamuddin, habiskan semua solat sunat abg dan terakhir sekali, aku minta dia buat solat hajat khusus utk aku..aku katakan padanya 'doa pada Allah, sampaikan semula aku ke sini'..

..................syahdu............... .

Wallahi..3 hari selepas keberangkatan suamiku kesana..aku jd seperti manusia yg hidup dalam dunia mimpi..apa tidaknya..di dalam mata ku ini seperti 'bayangan video' tempat yang aku rindu itu..Markaz Nizamuddin..

YaAllah, Allah beri bayangan dari satu persatu dalam mindaku..aku cuba pejamkan mata..aku dapat rasakan lg macamana aku berjalan masuk ke pintu dewan masturat, suasana ditepi masjid, riuh rendah sbb ada byk kedai kt tepi2 tu, sampai sahaja di pintu masuk, aku dapat ingat siapa yg sambutku, siapa angkat begku, di mana aku di tempatkan, dengan siapaku jumpa..bukan itu sahaja..masih ku ingat lg percakapan karkunah yang mendatangkan kesan dalam diriku, nasihat2 mereka, amal2 mereka, sahabat dari seluruh dunia dengan tujuan yg satu..masih lg ku rasakan kekerdilan diri aku berbanding mereka yg kuat hatinya dalam usaha agama ini..

.........YaAllah.......sesak nafas ini....

sedang aku leka menaip assigment ku yg bertimbun2 ni..Tiba2..satu meseg masuk dlm hpku...tet tet..



YaAllah..ni no dr India..masyaAllah..patutla syahdu syahdan sahaja hatiku pg ni..

.......hati berbunga sekejap......

walaupun Allah tak izinkan aku menjawab panggilan ini tp aku tahu suamiku selamat di sana dgn izin Allah..InsyaAllah, isteri abg sihat2 je kat sini..jgn risau..Allah kan ada.. kata hatiku

......senyum lebar......
الحمد الله














Isnin, 17 September 2012

.: Moga Rindu Ini.. :.



TANPAMU..
Bukan mudah  hidup bersendiri..
semuanya ku jalani seorang diri..
ku gagahi..
dari bangun tidur sehinggalah tidur sendiri..
waAllahi..tidak pernah ku bayangkan begini sekali..

namun, inilah ketentuan tuhan kita..
Kau pergi atas pilihan Allah swt..
Allah memandangmu dengan kasih sayang dan rahmatNya..
Allah memilih dirimu berada di atas jalanNya..
tugas kita..
menegakkan Kalimah Lailaha illAllah, Muhammadur Rasulullah..
Allah suka, Rasul juga suka..
moga-moga Allah menerima semua mengorbananmu di atas jalanNya..





keseorangan aku juga bukan sia-sia..
kau selalu kata..
"Allah nak suruh diriku yakin pada Dia..
Dia boleh jaga diriku sepanjang kau tiada..
terus menafikan kau juga makhluk Dia..
yang tidak punya apa-apa..
 yang tidak boleh datangkan mudharat dan manfaat, melainkan Dia..




Allah suka kita begini..
berpisah-pisah kerana agamaNya..
kau selalu kata juga..
sekiranya benar niat kita..
semata-mata nak dapat 'keredhaan Allah swt'..
InsyaAllah, pasti dan pasti Allah akan satukan kita semula di dalam syurga nanti..
aku sebagai "bidadari syurga"
yang menunggu engkau sebagai panglima..
ganjaran kita yang sering terpisah-pisah di dunia ini kerana Allah swt..
InsyaAllah..



jazakallahu khairan kasiran..
sepanjang peninggalanmu..
sesungguhnya barulah  aku mengerti siapa Allah disisi kita,
siapa lebih penting dalam hidupku selain engkau..
hanyalah Allah..
kekasihNya Rasulullah..
 dan tiada tertanding apapun dengan diriNya..
dan tiada sebaik amalan seperti amalan Rasulullah..
YaAllah, aku gembira dalam tangisan..
biar tangisan ini menjadi bukti bahawa cintaku padanya hanya keranaMu..




"YaAllah, hidupkan dan matikan kami dengan hakikat iman yang sempurna,
beri kami kekuatan, bawa cara Rasulullah sepanjang hidup kami,
guna diri kami, harta kami, dan masa kami di atas jalanMu, yaAllah..
terimalah pengorbanan kami yang kecil ini yaAllah"

ameen..

-sepeninggalan 3 minggu daripada 4 bulan-
InsyaAllah