Khamis, 29 September 2011

.: MENGAPA SAYA BERPURDAH?? :.

saja nk kongsi satu cerita..semalam teringat ada sorg makcik tanya knp sy sshkan diri sy berpurdah..huhu..berat makcik tu memandang sy, berat lg sy yg nk menjawabnya..(lepas tu ada la sy jwb kt makcik tu)..alhamdulillah ~selesai~

shbt yg disayangi Allah swt..

alhamdulillah Allah plh sy utk istiqomah dlm berpurdah..pd awalnya sy mmg xnk pakai purdah lgsg n mengutuk org yg brpurdah..(konon2 nya org yg berpurdah ni mcm kolot la)..huhuhu..skg ni padan dgn muka sy sendiri..sbb Allah balikkan semua tomahan pd sy balik..tp semua ni mmg sebenarnya 1 anugerah bg saya..alhamdulillah..

lps kawen..suami sy sarankan sy pkai purdah (waduh..bikin panas ini diri)..dan suami sy semestinya tahu yg sy ni jenis yg tak suka dipaksa..tp suami sy mmg bijak lg clever..dia tak paksa dan memaksa..dia selalu bg kata hikmah, kelebihan berpurdah, cerita2 yg naikkan jazbah (keinginan) sy utk pakai purdah..dgn prcakapan dia yg berhikmah tu mmbuatkan sy berlmbt hati skit..(isteri solehah ler katanya..huhh)

"give me times to buat byk research..btl2 puas hati br blh pakai..klu dh pkai tak nk tggl2 dh..abg doa lah ye utk syg.." kata sy..(alasan pertama sy, dgn harapan sy blh melambatkan masa utk berpurdah..hehehe..jgn ikut..ni la isteri degil namanya)..


balik dr teraweh di msjid UIA

dr hr ke sehari sy study tntg berpurdah ni..tanya ustz2 kt UIA..cr bahan2 tenet..tanya kakak senior yg pkai purdah..ilmu dh lengkap..info dh padat..pendek kata takda sbb sy nk tolak hajat suami sy tk berpurdah..masalahnye kekuatan ttp takda..hati ttp menjerit: "tolongla..aku tak nak jgk pakai purdah!!"..amik masa 6bln jgk suami menunggu..(pikir lg utk cari alasan lain nk bg pd suami..huh..dogel sggh)

tp kita ni siapa nk halang penentuan Allah???..sy tahu, satu hari nnti termakbul jg doa suami sy ni..bila masa, di mana, kemana dan bagaimana..sy sendiri tak tahu krn ilmu ini dlm khazanah Allah..

satu hari smpailah Allah jmpekan dgn sorg senior 'k.aishah' yg dia sndiri pn pkai purdah..sy mmg kagum dgn dia dr smnjak pertama kali jumpe dan berkenalan..wlupn dia berpurdah, tp ia tak menghalang dia bergerak aktif di UIA...semua org suka dgn dia dan dia lgsg tak pilih org utk berkawan..bkn shj dr kalangan sister2 yg pkai tdung labuh, tp dgn org lain pn; tak kira dia memakai jeans ke, baju kecik ke, islamic ke tak..xde yg terkecuali..kagum sy..

sy pn tanya dia mcm2 soklan..penat mulut..agaknya dia pn dh biasa dgn semua soklan sy ni..tp sy heran, dia senyum je..tak jwb2..aiks..sy pelik??!!

pastu dia tanya sy balik..suami ke yg suruh pkai ni?? sy jwb..aah..(dlm nada terpaksa)

satu je dia kata kt sy..''awak, kalau seorg isteri memenuhi hajat suaminya, Allah akn ltkkn kita d tmpt plg mulia di sisi Allah..ganjaran yg sgt besar yg kita sndiri pn tahu nilainya..pecayalah..lgpn akk tak nmpk suami awak srh pd keburukan"..

yaAllah..sy tergamam dan tak terkate ape dh..fullstop..rasa time2 tu jgk nk terbang balik Kedah jmpe suami..wt penat je wt research sana sni..ini jwpn sbnrnya..balik dr jmpe kak aishah membuatkan hati sy jd tak tentu hala, tak tenang..dlm hati sy berdoa: "yaAllah..aku tahu, kalau aku sukakan hati suamiku..Kau pula akn menyukai hatiku..kuatkan hati aku yaAllah"..

akhirnya hidayah Allah dtg tanpa sesiapa pn dpt menyangkanya..saya, suami dan keluarga menerima berita ini dgn baik..sy gembira..yg plg penting..Allah campakkan ketenangan dlm diri sy skg..alhamdulillah, Allah ubah sedikit demi sedikit perangai buruk sy menjadi lbh baik..sy nmpak itu..Allah bg sy peluang utk sy mengubah diri sy..syukur..

benarlah pesan Rasululah..setiap perkara baik..Allah akn mudahkan..sy terlupa satu pkr di sini..DOA..sy lupa doa pd Allah utk dtgkan hidayah pd sy sms saya masih mencari2..spttnya Allah la tempat sy perlu bergantung harap dlm setiap perkara; susah dan senang.. ..lps tu barulah sy berusaha mencari jwpnnya d tempat lain..sbb itu sy mengambil masa yg lama utk berpurdah..ye..mmg salah sy...ighfirli zunubi,yaAllah..

Rabu, 28 September 2011

LELAKI YG DI TARIK WANITA KE NERAKA??!!

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!

Selasa, 27 September 2011

.:: ANTARA AKU, DIA & SUP ::.


Siapa kata pkr susah x boleh jd mudah..bagi Allah ssgl2 nya mudah..

ini cerita antra aku n suami n sup..

aku pnh tanya sblm kawen dlu : "mknn apa yg dia x suka mkn??"

dia jwb : "mknn yg berkuah mcm laksa, mee/bihun/ kuewtiow sup ker, kari ka, tomyam ker apa ka yg berkuah" (dlm hati aku:"ape????? org kedah x mkn laksa???..adusss..aku dh la hantu laksa..)

1thn kawen, masuk 2thn dh dkt 3thn...

wlupn aku tau dia x suka..aku masak gk tomyam la..sup la..hehehe.(mane blh thn woo hr2 gulai kari gulai kari..mau trbakar perut cm gini)

smlm skali lg aku buat bihun sup..(tlg la..dh lama teringin tau)..tetiba suami ku kata: "jgn lupa smbl kicap nya sekali"...

aaiiikkkk...tetiba suami aku ni..wah wah wah..alamat hujan la petang ni (ni peribahasa ummi aku klu tetiba pkr luar biasa brlaku)...

lps together2 pg pasar beli2 brg2..together2 masak..mlm tu ktorg pn mkn (pose time ni)...pastukan konon2nya lps isyak aku nk mengulang la kn..almaklumla..mkn bihun sup bkn kenyang mana..

hmm..mcm nk pitam aku tgk..sup ayam tu blh hbs sblm aku mengulang kali kedua...ish ish ish (mcm surutnya tsunami..tggl bwg,serai,kayu manis jer)

bila aku intai2 jer suami aku kt dpn..dia tgh maratah sup dgn smbl kicap (feveret dia katanya)..hitam pekat kuah dia..eee..xpedas ke??..

bila dia prsn aku intai dia..tersengih2 la mcm org bersalah..aku pn senyum perli dlm hati (kata x mkn sup)..dia pulak mcm phm2 jer hati aku berkata2.."sedap la yang"...hehehe..trs xjd marah dh..kene puji punye pasal..(cis..x ikhlas aku ni)..

cons yg aku nk bgtau..

  • setiap pkr blh berubah..x mustahil lgsung bg Allah..kita yg selalu pikir negatif pd psgn kita..
  • pd psgn yg kt luar sana..klu boleh masak la sndiri utk suami n ank2 kita..wlupn kita ni nk pndai mana tp cuba gk..sbb air tgn seorg isteri+ibu akn mengubah kehidupan family kita..dgn izin Allah..
  • jgn lupa amalkan doa, adab n zikir sms masak..(nnti aku share doa,adab n zikir memasak k..tgguuu)
  • jgn biasakan beli kt luar sana sbb amalan,sifat n hati org yg memasak akn mmpengaruhi mknn yg di masak..bygkn klu org yg masak tu x jg solat, xjg tgkh laku dgn Allah..mcmane masakan nya nnti?? n bygkn je la kita+anak2 yg mkn mknn tu..pastu jgn heran knp anak2 skrg x taat prnth Allah,Rasul n derhaka kpd ibubapa..suami isteri pn dh x hormat psgn msg2 n plg kita takut semua ahli keluarga x taat perinth Allah n Rasulullah..na'uzubillah..
insyaAllah..yakinlah wahai ibu2 n isteri d luar sana..masakan dr tgnmu akn mengubah suami+anak2 mu mnjadi insan soleh+solehah yg taat perintah Allah..doa la byk2 mg Allah beri hdyh pd keluarga semua..

DERHAKA PADA SEORG BERNAMA ''SUAMI''

Aku nk jd isteri solehah..aku pasti u all pn sama kn..
jom kita share perkara senang yg boleh kita buat tp ganjaran yg Allah bg sgt besar..


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”
(Hadis Riwayat At-Turmizi)


“Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur sedangkan isterinya menolak (tanpa uzur) sehinggalah suami itu tidur dalam keadaan marah dan kesal, malaikat akan melaknatkannya (isteri) hingga ke subuh.”
(Hadis Riwayat Abdul Rahman Bin ‘Auf)

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Perempuan-perempuan yang keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya adalah ia di dalam kemurkaan SWT sehinggalah ia balik ke rumahnya atas suaminya redha akan dia.”

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perempuan-perempuan yang menghias diri kepada yang bukan suami atau muhrimnya adalah seperti lampu yang tidak bercahaya di akhirat kelak.”

“Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

“Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

“Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
(Hadis Riwayat Anas Bin Malik)
"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taatlah kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, nescaya sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran. Sungguhpun begitu sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al-Imam Bazzar).

BLOG MY HUBBY LA..

Alhamdulillah..asbab kejelesan yg melampau..my hubby pn nk bukak blog sendiri gk..

wah..ape lg designer yg best ni pn dtg menyebuk sama (sebenarnya tnjk pndai jer..kita pn br nk bljq..hihihi)

so..ringan2 la tgn tuk intai my hubby punye blog ni..

cee clik sini

http://dakwahmaksudhidupku.blogspot.com/

Isnin, 26 September 2011

Ingat tau!


BROADBAND & AKU

Alhamdulillah..
akhirnya Allah makbulkan hajatku ini..
hrni dh masuk 3hr aku guna broadband br aku ni..
apa yg aku buat bila dpt broadband?????

1st ly: buka FB la..sbb ini je cr aku nk berhubung dgn my ummi,abah,adiq2 aku yg dok jauh tuh..lg2 yg kt Mesir tu..

2nd ly: buka blog aku yg dh nk jd lapuk ni (teringat2 masa xde broadband dlu, pasni klu xnk tulis mmg aje MALAS)

3rd ly: mencari info yg dh lama aku tercari2..(yeke ni??? caye jer la)

ini pulak pesan suamiku slps dia belikan broadband:

1) jgn terleka dgn intenet n semua benda alah ni smpai lupa tgggjwb dgn Allah..(pdhl ni aku type dh dkt pkul 10pg..sunat dhuha xwat lg..sempat lg kot kn???)

2) of course la jgn lupa tgjwb pd suami n rumahtgga (dok sibuk lyn intenet,kain baju berbakul2 x lipat..hahaha..terasa ke???)

3) jgn lupa cr resepi yg best2 n masak tuk dia (ajer nk menambah berat lemak ni..hehehe)

byk la lg pesanan2 yg sbnrnya dia x ckp dgn mulut pn tp aku sbg isteri ni dh paham sgt la apa yg tersirat & tersurat dlm benak otak suami aku ni..

tp aku bijak..sblm dia balik keje aku akn pastikan semua kejer siap,rumah bersih,masak sudah, amal beres..bila dia balik masa aku utk dia jer..no tenet n comptr lg..melainkn dia pasang..aku tompang sekaki..hehehe..

jazakumullah sbb baca..bye..

DAH BERTAHUN-TAHUN DAH...

Ish...ish...ish...

ingatkan dh kene blok td..

punyela lama x buka blog ni..tau tau dh ada 6org yg follow..

dh berkulat..dh berdaki..dh berhabuk dh..

xpe2..lps ni nk tulis byk2..insyaAllah..

yg msh follow aku..trskn..

yg belum lg..cptla jd follower aku ni..hehehe..

jumpe lg insyaAllah..

salam akhir syawal dr aku& suami tercinta..