Isnin, 26 Disember 2011

TANYALAH USTAZ: PERUBATAN ISLAM V3

insyaAllah..versi ke-3..ni yg last dlm tajuk ni..segala kekurangan hrp2 sahabat blh topupkan ye..selamat mencuba sy ucapkan..ingat pesan ustaz Sharhan..kita niatkan semasa berubat: 1)kita nak dptkan pahala 2) kita nak kesembuhan..yakin sgguh2 Allah yg beri sakit, Allah jualah pemberi ubat.."waiza maridtu fahua yashfiin"..


KEROSAKAN TULANG BELAKANG

1) surah al-Mukminun: 11-14


2) surah at-tin
3) surah al-isra': 70

Cara2nya: baca pada minyak dan sapu pada tempat yg sakit.


KURANG DARAH (ANEMEA)

  1. Al-Fatihah
  2. ayatul Qursi
  3. ayat syifa'




MASALAH RUMAHTANGGA (DI SIHIR)

  1. Al-Baqarah: 102

  1. surah ar-Rum: 22


Cara2nya: baca setiap kali habis solat..niat dan yakin dgn Allah Maha Penyembuh..










Sabtu, 24 Disember 2011

.: TANYALAH USTAZ: PERUBATAN ISLAM V2 :.

Alhamdulillah..Allah bg kesempatan lg pada saya utk menulis sambungan perubatan islam kali ke-2..okey, jom kita tgk mana2 yg boleh kita share..tafaddol..


DOA MERAWAT LAMBAT CAKAP/GAGAP



(surah al-Baqarah: 31-32)
  • Cara2nya: tiup pada kepala anak2 @ tiup pada air dan minum


MERAWAT PENYAKIT SIHIR


(surah Yunus: 81-83)
  • Pesanan ustaz: ayat "innallaha sayubtiluhu" itu perlu di baca dgn yg betul..perlu menjaga qalqalahnya..insyaAllah, ia memberi kesan kpd rawatan..ssghnya Allah Penyembuh sakitkan..
  • apabila sampai pd ayat td, niat dan yakin sungguh2 Allah akan membatalkan sihir itu..insyaAllah..


DOA SAKIT LUTUT / GOUT / SENDI 
(yg melibatkan ada bendalir)

1) al-fatihah
2)ayatul Qursi
3) (surah al-mukminin: 11-14)




4) (surah al-baqarah: 22)



  • cara2nya: ambil pokok lidah buaya, kupas kulitnya (ambil jelinya shj) dan dibaca ayat2 di atas kemudian sapu di tempat yg sakit td sprti lutut dan sendi2..
  • ustaz kata: lidah buaya itu menyamai bendalir yang berada di lutut dan sendi2..insyaallah..


TIPS MENDAPAT ZURIAT

1) Ikhtiar
2) Makan madu asli + telur ayam kampung..
    Cara2nya: suami ambil 14 biji + isteri juga ambil 14biji..bacakan surah at-tin pd madu dan telur..makan 1biji selang sehari..



MENGUBATI RESDUNG

1) al-fatihah
2)ayatul Qursi
3) surah Fussilat: 44


Cara2nya: 
1) Ambil air kolah masjid (alasannya air ini ada kesan positif kerana selalu di azankan)
2) dibacakan ayat di atas dan sedut masuk ke dalam hidung dan selebihnya basuh muka.


insyaAllah kita sambung versi ke3 pulak ye..hehehe..ada kerja lain yang perlu di bereskan dahulu..
~wa ilalliqa'~












Jumaat, 23 Disember 2011

.: TANYALAH USTAZ: PERUBATAN ISLAM V1 :.

Assalamualaikum... 
sahabat2 yg di redhai Allah swt..sy mendoakan smg sihat disamping mendapat iman yg sempurna dr Allah swt n beramal cara Rasulullah saw..

Alhamdulillah..
syukur saya ke hadrat Allah swt..mlm td sempat saya menonton Tanyalah Ustaz di TV9 (ulangan sebenarnya)..tajuk yg sangat menarik; PERUBATAN ISLAM..yg di sampaikan oleh Ustaz Sharhan Shafie..beliau membincangkan tentang doa2 untuk merawat sebarang penyakit menggunakan ayat2 di dalam al-quran. kita yakin al-quran adalah kalam Allah yg blh menjadi penyembuh dgn izin Allah tp mengapa kita masih tidak pernah yakin dan mencubanya?? bak kata ustaz: "Orang yang rajin mencuba, dia adalah orang yang berjaya"

saya, adik2 dan ummi tidak melepaskan peluang untuk menonton dan mencatit serba  sedikit malam td (sambil ummi bermain internet; MyResipi) heh~ 

saya tak sabar2 nak sampai ke pagi sbb nak sangat2 share apa yg saya dapat selama 3hari ni..kepada sahabat2, saya minta betulkan mana yang saya salah dan mungkin tertinggal menyalin..(maklum jelah salin sambil ngantuk2)


DOA SAKIT2 DI BADAN

1) al- fatihah
2) ayatil Qursi

3) (surah fussilat: 44)



4) (surah as-syuara': 80)



5) (selawat syifa')

  • cara2nya: baca dan sapukan pada tempat yg sakit.



DOA MENGURANGKAN KOLESTEROL

1) al- fatihah
2) ayatul Qursi






3) (surah yunus: 57)


  • menurut kata2 ustaz Sharhan Shafie, kebanyakan sakit dtg dr dada..doa ini sgt baik utk penyakit yg berpunca dr hati bertepatan dgn maksud ayatnya..
  • Cara2nya:meletakkan tangan di dada n membaca al-fatihah,ayatul Qursi n doa ini slps solat Isyak.




DOA BERADA DI SESUATU TEMPAT YG TIDAK MENYENANGKAN



1) (surah al-hasyr: 21)




2) (surah yunus: 57)


3) (surah fussilat: 44)


  • masa ni ada pemanggil yg bertanya tentang suaminya yg tidak boleh berada di tempat kerja. suaminya akan rasa sakit dan jatuh di tempat kerja.
  • cara2nya: meletakkan tangan di atas dada, baca sebanyak 7x, setiap selepas solat fardu.
  • sekiranya kritikal, ambil air zam-zam, buat solat hajat,bismillah, niat, baca doa2 di atas sbyk 21x dan hembuskan dlm air zam-zam.
  • boleh juga di baca untuk ketenteraman rumah kita.

DOA MIGRAIN




(surah waqiah: 19)

  • ini ialah cara yang saya amalkan selalu: baca dan hembuskan pada air, kemudian sapukan di kepala.


nanti saya sambung lagi ye..adik bertuah saya nak guna laptop pulak..selamat mencuba..tapi bukan cuba sebarang cuba..ustaz kata mesti niat, aku berubat untuk dapatkan pahala dan selepas itu niat untuk kesembuhan..pendapat saya yg serba kerdil ini..kesembuhan penyakit ini bergantung pada pergantungan hati seseorang itu..kiranya kita teguh dan yakin bahawa Allah lah Penyembuh Penyakit..insyaAllah apa2 penyakit pun blh di ubati..sebaliknya apabila kita yakin pd yang lain seperti ubat, doktor, bomoh dll yang mengubati penyakit, maka kurang keberkesanannya dan takut2 kita mensyirikkan Allah kerana yakin selain dr  ALLAH..nauzubillah min zalik..selamat mencuba!!




Selasa, 20 Disember 2011

.: BESTNYA RINDU NI :.

assalamualaikum..
sahabat yg diredhai Allah sekelian..wah wah wah..lamanya x menulis ni..laptop ada je dpn mata tp tgn n otak ni mcm malas nk bergerak..heh,alasan sgt byk..byk sgt yg nk share tp malas sggh nk menulis..hai masa, izinkan la aku mengejarmu..huish..

huh..sebenarnya nk tulis ape pn tak tahu..tp tajuk kt atas dah boh siap2..contentnya bersepah lg..bercampur baur dgn kemalasan yg ada..wahai malas, pergilah jauh2..aku nk menulis ni..

RINDU??? knp ntah saya letak tajuk ni..apa yg bestnya rindu ni ye..

RINDU nak menulis ke?

RINDU nak dok kuala nerang ke??

2 RINDU sama suami sy???

ntah..peningkan..

mybe yg ke3 agak tepat kot..haduh, blh jatuh terduduk memikirkan mu wahai suami..mujurlah pemergian mu kerana AGAMA..kalo tidak sekarang juga ku tuntut supaya pulang bersamaku..

takpe..lg 2 mggu lg kita nak ketemu..pulangmu akan ku nntkan dgn penuh kegembiraan..tak sabar nak tggu cerita n karkuzari2 dr Seremban..cerita yang membolehkan iman ku meningkat..spy amalku jd lbh mantap..spy iman ku lbh teguh pd Allah dan Rasul..spy kita hidup dgn ada pegangan yg kuat pd agama..

biar lah pemergianmu ini byk di keji n di caci oleh manusia di sekelilingku..tp aku yakin, pulangmu membawa iman yg sempurna,amal yg sahih hasil kecekalanmu, kesungguhanmu, susah payahmu dlm menegakkan agama kita..aku yakin ini jalan kita; jalan Allah n Rasul..

takde apa yg bermakna  n membahagiakan aku dlm hidup ini melainkan dpt iman yg sempurna, dpt beramal kpd allah n ikut cara Rasulullah, memiliki keluarga yg sntiasa hidup dlm suasana agama, memiliki anak2 yg ramai soleh n solehah..(makbulkan doa kami yaAllah)

kerana aku yakin satu "apabila kita mengejar akhirat, Allah akan dtgkan dunia dlm keadaan hina di hadapan kita"..dunia dtg bergolek2 depan kita tanpa kita sedari..betulkan abang???

insyaAllah..smg berjumpa lg abg..rindu itu nikmat dr Allah yg tidak ada nilai tandingnya..betullah kata pepatah.."SYG ISTERI TINGGAL2 KAN, SYG ANAK TANGAN2 KAN"

~SALAM SAYANG BERPANJANGAN~


Isnin, 21 November 2011

.: PURDAH : SATU PENJELASAN RINGKAS :.

Assalamualaikum Warahmatullah.

PENDAHULUAN 

Sesungguhnya pemakaian purdah oleh para wanita Islam merupakan masalah khilafiyah iaitu sesuatu perkara yang menjadi perselisihan pendapat dan pertikaian di kalangan para ulama. Ulama berselisih pendapat tentang masalah ini sejak dahulu lagi dan perselisihan ini berterusan sehingga sekarang. Punca berlakunya perselisihan adalah kerana dalil-dalil yang berkaitan dengan masalah purdah ini tidak terdapat dalil-dalil yang putus dan jelas. Jadi para ulama menyatakan pendirian mereka berdasarkan pemahaman dan ijtihad masing-masing di dalam memahami nas-nas yang dikemukakan itu. Maka berlakulah di sana khilaf di kalangan para ulama di dalam menetapkan hukum memakai purdah terhadap wanita Islam. Perselisihan pendapat ini berpunca dari penafsiran ayat al-Quran al-Karim berikut:



Firman Allah Taala bermaksud: Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. (Surah al-Nur: Ayat 31).

Isu purdah menjadi topik hangat pada waktu ini memandangkan beberapa surat khabar di Malaysia melaporkan bahawa Syeikh al-Azhar sekarang iaitu Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sayyid Tantawi akan mengharamkan pemakaian purdah di institusi-institusi al-Azhar. Selepas berita ini disiarkan di dada-dada akhbar, beberapa orang ahli iLuvislam serta beberapa kenalan saya dari Malaysia telah meminta pandangan dan pengesahan dari saya mengenai isu ini. Ada di antara mereka yang meminta saya menulis satu artikel bagi menjelaskan secara terperinci mengenai isu purdah yang sedang panas diperkatakan ini. Memandangkan saya mempunyai sedikit masalah teknikal pada ketika itu, jadi saya tidak dapat memberikan jawapan kepada setiap persoalan yang dikemukan dengan panjang lebar. Di samping itu juga, berita sebenar dari beberapa dada-dada akhbar di Mesir belum saya terokai sepenuhnya memandangkan hanya akhbar al-Masr al-Yaum (terjemahan dari akhbar inilah yang dimasukkan di dada-dada akhbar di Malaysia) sahaja yang memaparkan berita itu.

Bagi memberikan sedikit sumbangan saya kepada kefahaman umat Islam di Malaysia berkenaan isu purdah ini, di sini saya cuba menjelaskan isu ini secara ringkas agar semua pihak dapat mengambil manfaat. Saya berharap agar masalah khilafiyah ini dapat di tangani dengan baik tanpa menjejaskan kesatuan dan keharmonian umat Islam pada waktu ini. InsyaAllah. Semoga penerangan dan penjelasan ini juga akan membuka minda dan memberi peringatan kepada semua pihak terhadap kepentingan institusi ulama di dalam Islam.

PENGERTIAN PURDAH

Di dalam Bahasa Arab, purdah disebut sebagai niqab. Menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, purdah bermaksud kain penutup muka perempuan. Secara lazimnya, kain tersebut digunakan menutup sebahagian besar kawasan muka sesesorang perempuan itu melainkan matanya sahaja.

ADAKAH PURDAH ITU WAJIB ATAU TIDAK? 

Berdasarkan dalil al-Quran al-Karim dari surah al-Nur ayat 31 yang saya kemukakan di atas, sebilangan ulama berpendapat muka dan kedua-dua tangan adalah aurat iaitu dengan maksud mudahnya setiap perempuan Islam mesti memakai purdah. Sebilangan ulama lagi berpendapat muka dan kedua-dua tangan bukan dikategorikan sebagai aurat dan memakai purdah bukanlah suatu yang wajib. Di sini saya bentangkan pandangan mazhab-mazhab secara ringkas sahaja berkenaan aurat perempuan di hadapan bukan mahram bagi memudahkan kita memahami isu ini dengan sempurna. Saya tidak bercadang untuk meletakkan dalil-dalil yang digunapakai oleh mazhab-mazhab melainkan jika difikirkan perlu sahaja serta tidak saya nyatakan juga munaqasyah dalil-dalil bagi tidak memanjangkan perbahasan ini.

Jumhur Ulama: Tidak wajib purdah dan mengharuskan pendedahan muka dan kedua-dua tangan di hadapan lelaki asing yang bukan mahram sekiranya aman dari fitnah.

Mazhab Hanafi: Tidak harus lelaki melihat perempuan asing dan merdeka melainkan muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak dibimbangi mendatangkan syahwat. Adapun kedua-dua kaki juga bukan aurat.

Mazhab Maliki: Aurat perempuan merdeka ketika bersama lelaki asing ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan syahwat.

Mazhab Shafie: Aurat perempuan yang merdeka adalah seluruh badannya melainkan muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Pendapat lain mengatakan seluruh tubuh perempuan adalah aurat termasuk muka dan kedua-dua tangan.

Mazhab Hanbali: Seluruh tubuh perempuan Islam adalah aurat. Pendapat lain mengatakan aurat perempuan di hadapan lelaki asing adalah suluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah.

Kesimpulan: Pendapat jumhur ulama yang mengatakan aurat perempuan Islam adalah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan kedua-dua tangan selagimana tidak membawa kepada syahwat dan fitnah adalah lebih bertepatan berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan.

Pendapat ini ditarjih oleh Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi sepertimana yang telah dinyatakan di dalam kitabnya bertajuk al-Niqab Limaraah dengan mengatakan juga memakai purdah tidak diwajibkan.

Untuk mengetahui penjelasan lebih lanjut mengenai aurat perempuan Islam samada aurat ketika solat ataupun di luar solat silalah meneliti dan merujuk kitab al-Majmuk Syarah al-Muhazzab karangan Imam Nawawi. Pada saya, kitab ini adalah kitab paling baik di dalam membincangkan masalah fiqh kerana di sana dibentangkan pelbagai pandangan dan dalil-dalil secara teperinci dan jelas. Sebagai penuntut ilmu agama, kita hendaklah sentiasa melazimi pembacaan kitab-kitab karangan para ulama muktabar untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang sesuatu perkara itu.


AL-AZHAR MENGHARAMKAN PURDAH? 

Saya berkesempatan membaca beberapa keratan akhbar di Malaysia melalui internet yang melaporkan perihal ini. Adakah benar kenyataan Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sayyid Tantawi seperti yang disiarkan itu? Setelah membaca beberapa akhbar di Mesir untuk mendapatkan gambaran lebih tepat, pada saya, berita yang disiarkan oleh akhbar al-Misr al-Yaum di Mesir adalah begitu melampau dan bersikap ingin menimbulkan kegelisahan umat Islam berkenaan isu purdah ini.

Kenyataan sebenar Syeikh al-Azhar tersebut di putar belit oleh mereka dan menyebabkan orang ramai di sini mentohmah al-Azhar dengan pelbagai kata-kata yang tidak sedap didengar. Saya tidak pasti apakah tujuan sebenar mereka melaporkan berita-berita yang tidak benar itu kepada umum sedangkan ia satu fitnah terhadap seorang ulama. Kenyataan yang sebenarnya ialah, Syeikh al-Azhar hanya melarang perempuan memakai purdah ketika bersama-sama perempuan sahaja dan bukan mengharamkannya secara mutlak. Larangan hanya di institusi-institusi al-Azhar sahaja kerana pemakaian purdah sesama perempuan itu bukanlah bertepatan pada tempatnya. Adapun tempat-tempat selain yang disebutkan itu, beliau tidak melarang atau mengharamkan perempuan Islam memakai purdah kerana itu adalah hak peribadi setiap perempuan Islam. Surat khabar al-Masai, al-Liwa al-Islami dan Akidati bertarikh 12 dan 13 Oktober 2009 dan beberapa akhbar lain turut melaporkan yang Syeikh al-Azhar tidak menghalang atau mengharamkan pemakaian purdah ketika di jalanan dan semasa bekerja. Menurut beliau lagi, 80 peratus daripada para ulama fiqh berpendapat muka perempuan Islam bukanlah aurat.

Akhbar-akhbar di Malaysia juga tidak ketinggalan di dalam melaporkan berita ini. Namun laporannya sama sahaja seperti akhbar al-Misr al-Yaum itu bahkan agak keterlaluan dengan tajuk berita ini juga sudah cukup menggerunkan untuk dibaca. Perkara seperti ini amatlah di kesali kerana ia dilakukan oleh orang Islam sendiri dan saya yakin musuh-musuh Islam berketawa melihat situasi ini. Apa yang lebih mendukacitakan, mereka sanggup mentohmah seorang ulama yang hebat dan tidak mustahil mereka akan terus mentohmah para ulama lain lagi dengan membawakan berita-berita yang tidak bertepatan.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Bukan termasuk umatku orang yang tidak memuliakan orang dewasa kami, menyayangi anak kecil kami dan menghormati ulama kami. (Riwayat Ahmad).

Namun mungkin ada yang berkata Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sayyid Tantawi adalah ulama yang di sokong pemilihannya oleh kerajaan, jadi pendapat beliau harus ditolak terus. Saya katakan di sini, sememangnya perlantikkan beliau di sokong oleh pihak kerajaan Mesir sebagai Syeikh al-Azhar, namun bukanlah semua pendapatnya harus ditolak kerana beliau juga terdiri daripada salah seorang para ulama besar al-Azhar yang diiktiraf keilmuannya sebelum beliau dilantik menjadi Syeikh al-Azhar lagi. Sememangnya keilmuan, kealiman dan kewarakannya adalah sebahagian dari sifat-sifat yang ada pada diri beliau. Namun saya tidak menafikan juga ada beberapa pandangan beliau yang dikritik oleh para ulama lain. Walaupun beliau pernah dikritik, ini tidak bermakna beliau bukan seorang ulama yang hebat kerana kritikkan di dalam menuntut ilmu Islam adalah sesuatu yang sihat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna. (Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).

BAGAIMANAKAH MENGHADAPI KHILAF? 

Perkara ini selalu saya ulangi pada setiap tulisan saya yang terdapat khilaf di antara para ulama. Namun masih ada segelintir golongan masih tidak berlapang dada atau menerima nasihat ini dengan hati yang terbuka. Jadi di sini saya akan mengingatkan semula perkara ini agar kesatuan dan keharmonian umat Islam terus terjaga.

Kaedah Fiqhiyah menyatakan bermaksud: Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya. (Lihat kitab: al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah karangan Imam Jalaluddin Al-Sayuti). Maksud kaedah ini (di atas) secara lebih jelasnya ialah kita tidak boleh menafikan, membantah atau menuduh orang lain adalah tidak betul atau salah kepada orang lain yang memilih salah satu pendapat dalam perkara yang berlaku perselisihan pendapat ulama padanya. Malangnya jika dilihat fenomena hari ini terdapat segelintir golongan yang menyanggah dan menyalahi kaedah ini lantas menyalahkan orang lain yang tidak sependapat dengannya. Malah mereka hanya menyeru orang lain supaya memahami dan menerima pendapat mereka sahaja sedangkan mereka tidak melihat terlebih dahulu keadaan tempat dan suasana pada ketika itu. Inilah di antara masalah terbesar yang menimbulkan banyak kesan negatif kepada umat Islam di Malaysia khususnya semenjak sekian lama.

KESIMPULAN 

Isu purdah ini hanyalah perkara khilafiyyah dan agak mustahil ia boleh mencapai kata sepakat daripada para ulama Islam sepanjang zaman. Perselisihan ini boleh dileraikan jika kita masing-masing boleh bertolak-ansur dengan mengutamakan sifat saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. Inilah yang di jelaskan oleh Islam kepada pengganutnya. Di dalam mengangani isu pemakaian purdah ini secara baik, di sini saya simpulkan bahawa mana-mana perempuan Islam yang hendak memakai purdah maka kita tidak boleh menghalangnya atau mengejinya. Bagi sesiapa yang memilih untuk tidak memakai purdah pula maka kita juga tidak boleh menghalangnya atau mengejinya. Kedua-dua pihak adalah betul. Apa yang terlebih penting adalah: Bagaimana dengan perempuan Islam yang tidak menutup aurat? buluh.iluvislam.com Wallahualam.

 Posted by BULUH on October 13th, 2009

BERPURDAH UNTUK MENJAGA KEHORMATAN

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

PARA PENONTON yang mengikuti siaran langsung saluran Channel 4 yang popular di England, begitu terkejut dengan penampilan seorang wanita berpurdah di kaca televisyen pada sambutan Hari Krismas tahun lalu.


Ia berlaku sejurus Ratu Elizabeth II menyampaikan ucapan sempena Hari Krismas. Tidak berselang lama selepas itu, wanita yang hanya menampakkan sepasang mata ini, muncul.
Tujuannya untuk memberi wanita itu peluang menyampaikan pesanan melalui apa yang dipanggil sebagai Pesanan Alternatif Krismas. Iaitu pesanan yang cukup berbeza berbanding ucapan oleh baginda Ratu England.


Kemunculannya menyebabkan penonton terpaku. Masing-masing tertanya-tanya, wajah siapakah di sebalik purdah itu. Yang pasti wanita itu sudah tentu seorang Islam.
Daripada suaranya para penonton dapat mengenal pasti bahawa wanita tersebut adalah rakyat British atau dengan lain perkataan dia adalah wanita berkulit putih seperti sebahagian besar penonton itu yang sedang menonton program itu.


Ini kerana loghat Inggerisnya agak pekat dan asli sebagaimana warga England yang lain juga.


Penampilannya dalam program yang dihos oleh Jack Straw itu dikatakan sebagai peluang yang diberi oleh saluran televisyen itu bagi memperbetulkan banyak salah tanggapan mengenai Islam, terutamanya apabila wanita Islam memilih untuk berpurdah.
Lalu wanita yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Khadijah itu terus mengambil peluang itu dengan mengkritik mereka yang berpandangan salah mengenai purdah termasuk ada yang menyebutnya sebagai jilbab, burqa dan niqab.
“Purdah ini sebenarnya perisai bagi kaum wanita. Tidak sekadar soal identiti tetapi lebih kepada soal perlindungan daripada segala macam ancaman dan menghalang si pemakai itu mendekati perkara-perkara yang boleh memudaratkan diri mereka sendiri,” ujar Khadijah.


Beliau menguatkan lagi hujahnya bersandarkan dalil al-Quran yang bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…. (an-Nur: 31)


Sehingga ke akhir rancangan, para penonton ditinggalkan dalam keadaan penuh tanda tanya, siapa gerangan di sebalik purdah itu.


Sehinggalah akhbar Daily Mail akhirnya berjaya menemui dan membuat pendedahan mengenai, siapa Khadijah.


Wanita yang patuh berpurdah itu adalah Elaine Atkinson, 43, iaitu seorang warga Britain sebelum menukarkannya kepada Khadijah Iqbal selepas memeluk Islam pada tahun 1996.


Beliau setuju muncul di kaca televisyen apabila pihak stesen menghormati permintaannya untuk muncul dengan identitinya yang berpurdah.


“Itu sudah cukup bagi membolehkan para penonton fokus pada kata-kata saya, bukannya keperibadian saya,” kata Khadijah.


Sejurus beliau berpurdah maka Khadijah mengaku ramai yang menuduhnya masuk ke dalam kelompok Islam radikal.


Namun beliau menafikan, kerana purdah tidak bermakna menjadi lambang sesuatu yang radikal. Beliau sendiri seorang yang berfikiran sederhana dalam serba serbi.
“Saya memilih berpurdah dengan penuh kesedaran. Ia semata-mata untuk melindungi diri kerana dengan wajah yang separa bertutup ini ia sebenarnya satu lambang kebebasan kepada seseorang wanita itu untuk mempertahankan haknya yang paling utama, soal keselamatan,” jelasnya.


Menurut Khadijah, Islam membuatkannya mempunyai panduan yang jelas untuk diikuti dan dipatuhi dalam hidup.


“Tidak sahaja dalam soal jaminan keselamatan dengan menutup aurat, bahkan dalam apa juga aspek.


“Selagi tidak memeluk Islam, seseorang itu tidak ubahnya seperti tikus atau hamster yang hanya tahu berputar-putar pada roda mainan yang diletakkan dalam sangkar mereka, tanpa arah tujuan,” katanya.

Allahuakbar..aku sendiri tidak sekuat ini mempertahankan diri ini..semoga Allah memberi kekuatan hati yg luar biasa untuk aku pertahankan diri dan agama ini hingga ke akhirnya..ameen..

Ahad, 20 November 2011

.: KENDURI KENDARA SUKA RIA :.

20.11.2011-tahniah wat my cousin dan wife dia..selamat pengantin baru..smg perkahwinan kalian di rahmati Allah swt, kekal ke dlm syurga..ameen..

sy pula membina kekuatan utk ke majlis kawen mcm ni dgn berpurdah..lbh2 lg tanpa suami tercinta yg sntiasa bg semangat n kekuatan pd diriku ini..alhamdulillah,Allah bg sy ketenangan wlupn dlm hati ni riso bebenor..hanya Allah je yg tahu..yg penting sikap ikram perlu ada wlupn kita dlm keadaan berpurdahkn..sy ttp sy wlupn sy nmpak berbeza dr sblmnya..sy kene buktikan,berpurdah bkn satu halangan sy bergaul dgn family sy..lgpn tanpa mereka..siapa la sy kan??? muaah muaah muaah..

key..layan je gmbo yg sempat di ambik..hehehe..



ni lah family pengantin..serba kuning gitu..mcm di raja..




beli beli..mamak jual cendol sdh mari..dptkn free..


ni dia isteri mamak jual cendol tu..belah kiri ek.. (hehehe..sori umi)




Azimah & Ilahi rembat cendol sblm org lain sebat..




pengantin blm dtg..depa rasmi dulu dah..ish ish ish..




budak2 ribena yg mkn aiskrim smpai 5x round..

Rabu, 16 November 2011

~BIDAN TERJUN YG TAK SEMPAT TERJUN~

السلام عليكم ورحمة الله

sangat fenat 2 hr ni..sampai sakit2 pggg & kepala menghempas pulas pikior nk wt hntaran ni..hntaran ni actually utk kwn adik sy..kwn sy terdesak sgt2 sbb org yg nk wt hntaran ni ada hal lain pulak..ntah mcmane dia dpt idea nk suruh sy buat..sy pulak tak sampai hati nk tolak sbb sy sgt2 hormati kwn sy ni & suaminya (suaminya ustaz al-hafiz di Madrasah Abu Bakar As-Siddiq, kuala nerang)..dlm hati sy:"habis la aku!!"..

nama pun bidan terjun maknenya tak perlu ada QUALIFICATION(bak kate org jawenya) utk kerja2 mengubah hantaran ni..kalau ada org kata tak cantik mcmane?? alaa..sy tak heran la kan..yg penting sy ssh kan diri sy sorg bkn org lain..betul tak?? ..(bak kata adik ipar sy : "ada aku kesah")

k..takyah cite panjang..kita layan je..sharing is caring..

jeng jeng jeng..(apa? tak cantik pn!!)




Quran,tasbih dan myk atar




sejadah dh jd raihan..inspirasi masa kawen kak aishah di Uia dulu




ni kain pelekat yg di gubah jd buah..




nila hasilnya shawl India dh jd bunga..ntah ape2 yg sy merepek..




siap slma 2hr..nak terbalik rasa kepala ni..




request dr bakal pengantin..nak hntrn yg ada 'tiang2'..sy pn boh lidi..hehehe..




amacam kwn2 best tak??..puas hati sbb guna kreativiti sndiri yg tak brp kreatif ni..belasah je..semua pun Allah yg ilhamkan, nak harap diri sy?? tak mampu nye pun..bak kate org kalo kita tak mencuba, mane nak dpt hasilnya kan kan kan?? big thump utk sy sendiri..practice make perfect..insyaAllah kalau ada peluang sy try lg..

bye bye bye..

Selasa, 15 November 2011

.:KISAH KAABAH YANG KITA INGIN TAHU:.


Sedikit maklumat berkaitan Kaabah...



1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.




2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.




3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.




4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.




5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.



6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.



7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.




8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.




9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.




10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.




11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.




12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.




13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.




14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.




15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

 masyaAllah..hebatnya Allah kan..Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar..bukti apa lg yg kita nak bg menunjukkan kekuasaan Allah?? melainkan kita sendiri yg ego dan tak membenarkan hati dan akal memikirkannya..pikir2 kan..

Isnin, 14 November 2011

.: SAHABAT DUNIA AKHIRAT :.

السلام عليكم ورحمة الله

ALHAMDULILLAH..syukur saya ke hadrat Ilahi atas nikmat yg Allah berikan selama ni..terlalu byk kenikmatan shgga sekiranya di minta pulangkan semula..waAllahi..sy tak mampu nak pulangkan..syukur yaAllah..mg sy tak lalai dlm mengingatiMu..


pg2 dh teringat satu kisah masa di Chennai,India thn lps..bagaimana sifat yg sy belajar dr seorg sahabat sy (org India) pd waktu itu..tak perlulah sy tulis namanya sendiri (actually, mmg lupa nama dia..adoyai..makcik dh tue)..kami transit di Chinnai satu malam sblm meneruskan perjalanan ke Nizamuddin..bersama2 kami jemaah masturat 2 bln dr Indonesia..yaAllah..Allah pertemukan sy dgn sahabat2 yg sy cintai..tgk je muka mrk pn blh mmbuatkan jazbah sy naik..sy jg tak langsung lpskan peluang utk duduk dgn mrk, bljr iman yakin, bljr ikram dan mcm2..(lg seronok sbb sy org jawa, bertemu jawa jgk.hentam ckp jawe la kan walaupn salah2)..

ye..berbalik pd cite sy td..sy bljr perkara berharga dr aunty;puan rmh transit ni td..smbil2 menunggu suami kami dtg ambik..kami pn duduk2 di atas katil (ha, ini sifat ikram mereka..kami di paksa duduk atas katil tnda hormat mereka pd tetamu, tak di baginye duduk bawah)..aunty td pn tanya kami mcm2..tntg perjalanan, apa yg kami bljr, doa2 yg kami dpt, karkuzari2 dan semualah..sbnrnya ilmu yg kami dpt tu dorg pn tahu..sy yakin..tapi sifat dorg ni suka kita ckp lagi dan lagi spy masuk trs dlm hati..(bljr lg sifat mrk: setiap masa di isi dgn ilmu, jgn hrp dpt smbg kosong ek)


dah mcm2 topik ktorg bncg, tiba2 aunty tu pn tanya.."bg sorg satu klbihan kita keluar di jln Allah" (ops sori, dia ckp tamil..hehehe)..kami pn bg la klbhn2 mujahadah di jalan Allah..antaranya :

1. semua makhluk di darat, lautan, gunung ganang, pasir2, batu batan akan menjadi saksi di akhirat nanti asbab manusia ini tlh berjalan melaluinya keluar di jln Allah..

2. doa2 org yg keluar di jln Allah akan di makbulkan terus olh Allah..

3. ganjaran amalan org yg keluar di jalan Allah akan di ganda2kan shgga dikatakan malaikat a.s blh mengira pasir di lautan tp ganjaran amalan org yg khuruj fi sabilillah tidak dpt di kira olh para Malaikat a.s..

4. debu2 yg melekat di pakaian org yg khuruj fi sabilillah tidak di sambar olh asap api naraka sekali pn..
(yg ke-4 ni sy yg bg sbb itu je yg tau..~sy bdk br belajar~)

habis je kami sebut satu satu..aunty tu trs jer sapu pakaian yg kami tgh pakai ni, dan dia sapu semula di pakaian dia pulak..berulang2 kali aunty tu wt mcm tu..sy heran..kwn2 sy yg 3org ni lg wt muka heran..sy pn tanya.."ngapain ibu lakuin begini?" (sdh di translate dr India-Indonesia)..jawapannya mudah sekali.."aunty tak dpt keluar jalan Allah skg ni..mg2 debu yg melekat di baju kamu ni dpt selamatkan aunty jg dr api neraka"..~terkesima sebentar~

waaaaaaaaaahhhhhhhhh..~tanda 'ajib jiddan jiddan~..skg sy tahu knp ulama kate kene keluar dan bljr amal di India..sy sndiri pn tak pernah terfikir ada manusia yg mcm ni..aunty ni btl2 terkesan dgn kata2 kami td..sdgkan sy sndiri yg dh bertahun2 dgr klbhn tu pn tak penah lg nk sapu debu2 jemaah lain di pakaian sy..~lemahnya sy~..benarlah kata eldest: utk kita dapatkan kualiti dlm beramal, kita kene tahu kelebihan beramal..dgn cara itu kita dpt hakikat amal dgn sempurna..slbhnya kita kene dakwah & doa spy hakikat amal masuk dlm diri kita..

apa yg sy dpt bljr: mmg itu hakikat masyarakat Islam di India..mrka belajar, mereka tahu klbihan dan mereka trs beramal dgnnya..bkn senang nak buat mcm tu kan?..itulah tandanya Iman & Yakin mereka pd Allah&Rasul bgtu mendalam sekali..sdgkan suasana ini sy tak pnh dpt di Malaysia lgsung..sy tak pandang sesiapa,sy ckp diri sy sndiri..sy tahu ckp berhabuk2 tntg itu & ini tp hakikatnya, sy sndiri pn tak amal sprti mana percakan sy..sy insaf..sy lemah & smstinya sy berazam utk bljr lg & lg tntg iman yakin..rupanya keimanan & keyakinan sy pd Allah & Rasulullah blm cukup teguh & utuh..kalau mcm ni, bagaimana sy nak berhadapan dgn Allah nnti?? YaAllah,ampunkan dosa hambaMu ini..

dlm masa yg sama sy bersyukur sbb Allah hantar & plh sy ke sini..Alhamdulillah..

Rabu, 9 November 2011

.: ENGKAU MERASA AKU TERASA :.

seronok jalan together2 bersama suami di ekspo kuala nerang yg x berapa minit sgt dr rumah kami..mmg selalu ada ekspo di sini..tahun ni jer adalah 5x..tp takda apepn yg menarik kali ni..jalan2 buang masa jer (dok rumah lg bagus kn??)..tp kdg2 kita perlu beriadah jg kan??..

sbnrnya ada sstu yg menarik perhatian kami di sini..yg membuatkan kami ziarah (eceeh,guna bhs skema) dh dkt 3x (ckp je xde pape)..sy tahu suami sy mesti akn sggh di sini wlupn bkn niat dia nk membeli..sy cuma melihat gerak gerinya..smbil2 sy jg membelek apa yg ada..btl la org tua2 kata..bila perkahwenan sdh menjangkau 3thn,siapalah yg tak pikir pasal anakkn..lbh2 lg kami yg Allah blm kurniakan zuriat sndiri ..

sesiapa pn akn terusik bila melihat baju2 baby yg dijual di slh satu booth kt ekspo ni..org yg ada anak semestinya dh borong sakan sbb depa wat promosi baik punye..dan yg blm ada anak pn akn berhenti tgk sbb terlampau kiut miut baju2 ni..



aku pulak membiarkan shj suamiku membelek2 baju2 baby tu..sayu hati ni..sy mengerti bgaimana perasaan dia pd waktu itu..wlupn slma ni dia tak tunjuk keinginan yg menggunung tggi (nak baby) tp sy dpt baca dr gerak gerinya, lirik matanya, bgaimana hatinya bila dia memegang baju2 baby tu..semua tu dh cukup menunjukkan apa yg tersirat selama ni di hatinya..



lama jg kami di situ..sy memilih utk menunggu tnpa mmnjgkan lg kerja membelek2 di situ..(takut2 tak dpt menahan airmata ni)..suamiku pula tak bergerak2 dr situ..hmm..dr jauh dia mengangkat satu set baju baby yg berwarna hijau pucuk pisang gelap..iye..aku tahu itu warna feveret suamiku..aku menganggukkan kepala tnda suka pd plhnnya..



kami pn keluar trs menuju ke kereta..sy pula tak melepaskan pndgn dr booth tu..yaAllah, aku menanti satu keajaiban drMu..aku tahu akn smpai jg hari itu nnti..bisik ku dlm hati..kereta kami masih di situ..heran..tak gerak2..sy memandang suamiku..yaAllah, dia jg sdg ralik mmndg booth yg sama..tersentuh hatiku..sy mengerti prsn nya pd waktu itu..

trs sy memegang tgnnya,"abg,mane ada org yg taknak anak kt dunia ni..syg tahu abg sedih, syg lg sedih bang sbb syg prmpuan..insyaAllah,rezeki tu kan di tgn Allah,Allah dh tulis semuanya tp kita je yg tak tahu antra cepat @ lambat"..

suamiku membalas dgn senyuman: "kita beli nak baju baby green tu?, abg nk gantung dlm bilik spy kita blh tgk hari2"..~kelam hidupku~ yaAllah,aku mesti kuat kali ni,ku pujik hatiku spy suamiku jg kuat hadapi semua ni..

"ape kate kita balik rumah je la bang" kataku tanpa berpaling dr terus menatap wajahnya..



bagi yg ada anak, pastinya mereka tidak memahami bgaimana yg kami rasa..setiap saat menunggu menunggu dan menunggu..nasihat sy,didiklah anak2 kalian menjadi insan soleh krn doa mereka berguna sms kita di dlm kubur nnti..tp sekiranya anak kita mnjadi sebaliknya, cukuplah kita sediakan jwpn bg pertanyaan Allah nnti tntg itu dan ini..setiap manusia iu pengembala dan kita akn disoal ats pengembalan kita..peliharalah kami yaAllah..kita jg sbgai ibu bapa perlu mnjadi sesoleh yg mgkin utk bg teladan kpd anak2 kita ..blm terlambat lgkn utk berubah??


bg kami pula tak berhenti2 berdoa mg Allah kurniakan kami zuriat yg soleh & solehah..smg penantian kami ini, Allah balas dgn pengampunan dosa2 kami yg lampau & akn dtg..mgkin sy dan suami blm cukup soleh & solehah utk mnjadi parent kpd anak2 kami nnti..doa mestilah sejajar dgn tindak tandukkan??


sesiapa yg mengalami perasaan yg sma sprti kami-"teruskan berdoa lg dan lg..anak bkn dtg dr kita, ttp anak dtg dr Allah..Allah nk kita bermati-matian berdoa dan berharap pdNya..insyaAllah, takda yg mustahil bg Allah"..


kpd suami dan sy-"smg kita diberi kesihatan yg baik, terhindar dr kedengkian manusia yg syirik pd Allah, kita dpt beramal soleh n jgn berhenti berharap krn Allah suka pd hambaNya yg berharap bersungguh2 pdNya..insyaAllah..