Selasa, 22 Oktober 2013

.: TUGAS YG SAMA TEMPAT YG BERBEZA:.

السلام عليكم ورحمة الله

wwaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhh!!!!!
karat dah blog kita..
nak menulis sampai xda masa..
hai la masa..kemana la dikau..
just nak bgtau, kita dah ngajar kt tempat baru..yeaay!!

ustazah comei..kan kan kan??

doakan kita tau, biar niat ngajar semata2 kerana Allah swt...
doakan kita gak utk kuat kuat kuat di negeri baru...
 tanpa suami yg tercinta...
Allah...

Allah, Dia sahaja yg sentiasa ada dgn kita...
bertahun2, berbulan2, berminggu2, berhari2,
tiap jam minit dan masa...
smg Allah sahaja peneman kita hingga ke akhir hayat..
ameen...

Isnin, 5 November 2012

.: CERITA SEDIH CERITA GEMBIRA :.

MasyaAllah..
tidak ada yang TERBAIK kecuali Allah swt..
Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkbar..

hatiku masih dirundum kesedihan dan kerisauan menanti khabar dr suami tercinta..
kali terakhirku mendengar suaranya pada raya 4 mggu lepas..
itupun dia demam sehinggakan sudah seminggu suamiku tidak bangun..
selepas itu senyap sunyi..
aku serahkan semuanya kepada Allah..
moga Allah bantu suamiku kuat semula dan boleh menjalankan 'tugas'nya disana..

jalan longlai ku menuju ke kereta..
dalam otakku ligat --final projekku blm siap lg..haiishh..
suamiku..yaAllah..

tiba-tiba cikgu Chot menjerit dr atas pejabat : "ustazah fatimah...ada surat dari India!!!"
aku menoleh cepat dan berlari pantas naik ke atas..
termengah-mengah aku..terusku capai  dengan muka yang sangat2 gembira..
*malunya kalo kene rakam tu
"syukran cikgu"..itu je yang sempat aku bgtau..
berlari lg dan terus masuk ke dalam kereta..
surat dibuka..seronok..
...............................................................sob sob...........................................................


Alhamdulillah..
semangat baru datang semula..
sebagai bekalan dan kekuatan bg meneruskan perjuangan utk 2 bulan lg..

Allah tu Maha Mengetahui..
semalam Allah bg khabar berita sedih..
dan hari ini ada sinar kembali menyeri..
Alhamdulilllah Allah..

Jazakillah abg..

Jumaat, 2 November 2012

.: BERLALU BAGAI ANGIN LALU :.

2 bulan telah berlalu..
sesungguhnya aku yakin Allah sentiasa bersamaku..
Allah jua lah yang memberi setiap inci rezekiku sepanjang ketiadaanmu..
Allah juga yang menyelesaikan semua masalahku sepanjang peninggalanmu..
Allah jualah yang sentiasa mendengari kerinduanku..
padamu..


Baru sahaja ku menerima panggilan telefonmu sepanjang 2 bulan ini..
bagai tidak percaya dan rasa mcm mimpi..
tapi ketika itu kau tidak berkata apa2, sunyi sepi..
mengapa begini??..
di kejauhan ku mendengar tangisan, aku betul-betul teruji..
yaAllah..apa terjadi??

YaAllah, 
berilah kesihatan yang baik untuk dia..
bangkitkan semangat dan kekuatan hatinya..
kembalikan dia kepada umat ini untuk agama..
ini adalah ujian semata-mata..
jangan biarkan kami mengalah dengan semuanya..
walaupun hakikatnya kami kalah, kami lemah, kami tak kuat sebenarnya.. 
balaslah apa yang kami rasa ini dengan nikmat syurga disana..
biarlah kami berpisah-pisah kerana agamaMu di dunia..
sedangkan di syurga sana kami bersenang-senang bersama..

YaAllah..
sayangi dan pelihara dia seperti mana dia menyayangi diriMu YaAllah..

ameen..

Jumaat, 28 September 2012

Khamis, 20 September 2012

.: PANGGILAN PERTAMA :.


السلام عليكم ورحمة الله وبركة



SALAM JUMAAT..
SEMOGA HARI JUMAAT INI MENDATANGKAN KEBERKATAN DALAM 
HIDUPKU JUA KALIAN..

Alhamdulillah..Allah beri sekali lg nikmat kehidupan ini dan semestinya aku sebagai hambaNya wajib bersyukur dengan semua nikmat ini..



YaAllah..ingatan pd Nizamuddin mmg kuat semenjak dua menjak ini..mgkin sbb aku tahu suamiku di sana..@ mungkin Allah sudah dengar doa suamiku..Ya, itu pesananku sblm suamiku berangkat pergi..aku berpesan padanya..sampai sahaja di masjid Nizamuddin, habiskan semua solat sunat abg dan terakhir sekali, aku minta dia buat solat hajat khusus utk aku..aku katakan padanya 'doa pada Allah, sampaikan semula aku ke sini'..

..................syahdu............... .

Wallahi..3 hari selepas keberangkatan suamiku kesana..aku jd seperti manusia yg hidup dalam dunia mimpi..apa tidaknya..di dalam mata ku ini seperti 'bayangan video' tempat yang aku rindu itu..Markaz Nizamuddin..

YaAllah, Allah beri bayangan dari satu persatu dalam mindaku..aku cuba pejamkan mata..aku dapat rasakan lg macamana aku berjalan masuk ke pintu dewan masturat, suasana ditepi masjid, riuh rendah sbb ada byk kedai kt tepi2 tu, sampai sahaja di pintu masuk, aku dapat ingat siapa yg sambutku, siapa angkat begku, di mana aku di tempatkan, dengan siapaku jumpa..bukan itu sahaja..masih ku ingat lg percakapan karkunah yang mendatangkan kesan dalam diriku, nasihat2 mereka, amal2 mereka, sahabat dari seluruh dunia dengan tujuan yg satu..masih lg ku rasakan kekerdilan diri aku berbanding mereka yg kuat hatinya dalam usaha agama ini..

.........YaAllah.......sesak nafas ini....

sedang aku leka menaip assigment ku yg bertimbun2 ni..Tiba2..satu meseg masuk dlm hpku...tet tet..



YaAllah..ni no dr India..masyaAllah..patutla syahdu syahdan sahaja hatiku pg ni..

.......hati berbunga sekejap......

walaupun Allah tak izinkan aku menjawab panggilan ini tp aku tahu suamiku selamat di sana dgn izin Allah..InsyaAllah, isteri abg sihat2 je kat sini..jgn risau..Allah kan ada.. kata hatiku

......senyum lebar......
الحمد الله














Isnin, 17 September 2012

.: Moga Rindu Ini.. :.



TANPAMU..
Bukan mudah  hidup bersendiri..
semuanya ku jalani seorang diri..
ku gagahi..
dari bangun tidur sehinggalah tidur sendiri..
waAllahi..tidak pernah ku bayangkan begini sekali..

namun, inilah ketentuan tuhan kita..
Kau pergi atas pilihan Allah swt..
Allah memandangmu dengan kasih sayang dan rahmatNya..
Allah memilih dirimu berada di atas jalanNya..
tugas kita..
menegakkan Kalimah Lailaha illAllah, Muhammadur Rasulullah..
Allah suka, Rasul juga suka..
moga-moga Allah menerima semua mengorbananmu di atas jalanNya..





keseorangan aku juga bukan sia-sia..
kau selalu kata..
"Allah nak suruh diriku yakin pada Dia..
Dia boleh jaga diriku sepanjang kau tiada..
terus menafikan kau juga makhluk Dia..
yang tidak punya apa-apa..
 yang tidak boleh datangkan mudharat dan manfaat, melainkan Dia..




Allah suka kita begini..
berpisah-pisah kerana agamaNya..
kau selalu kata juga..
sekiranya benar niat kita..
semata-mata nak dapat 'keredhaan Allah swt'..
InsyaAllah, pasti dan pasti Allah akan satukan kita semula di dalam syurga nanti..
aku sebagai "bidadari syurga"
yang menunggu engkau sebagai panglima..
ganjaran kita yang sering terpisah-pisah di dunia ini kerana Allah swt..
InsyaAllah..



jazakallahu khairan kasiran..
sepanjang peninggalanmu..
sesungguhnya barulah  aku mengerti siapa Allah disisi kita,
siapa lebih penting dalam hidupku selain engkau..
hanyalah Allah..
kekasihNya Rasulullah..
 dan tiada tertanding apapun dengan diriNya..
dan tiada sebaik amalan seperti amalan Rasulullah..
YaAllah, aku gembira dalam tangisan..
biar tangisan ini menjadi bukti bahawa cintaku padanya hanya keranaMu..




"YaAllah, hidupkan dan matikan kami dengan hakikat iman yang sempurna,
beri kami kekuatan, bawa cara Rasulullah sepanjang hidup kami,
guna diri kami, harta kami, dan masa kami di atas jalanMu, yaAllah..
terimalah pengorbanan kami yang kecil ini yaAllah"

ameen..

-sepeninggalan 3 minggu daripada 4 bulan-
InsyaAllah


Sabtu, 11 Ogos 2012

.: SAHABAT DUNIA AKHIRAT :.

بسم الله الرحمن الرحيم


YaAllah..
Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

seronok betul bila Allah bg peluang  kita jumpa kawan2 lama kan? 
Alhamdulillah, sahabat baik aku  Mashitah Abdul Halim datang tidur rumah sepeninggalan suami keluar 3hari..wah..'peluang keemasan ni'..
tapi kesian juga kt dia sbb berusaha juga datang dengan naik bas dan membawa 'makhluk kecik' 5 bulan di dalam peyut..'ala tomei-tomei'..

seronok..
tak dapat nak bayangkan..
banyak sgt kita bercerita..berkongsi itu ini..
cerita dulu2 dan sekarang..
dan masa depan..
masa 2 hari mmg tak cukupkan??

ingat lg tak macamana susah payah kita berlima 'mash,yong,een,mard dan aku' bersama?
paling ingat masa 1st year di bulan2 Ramadhan mcm ni kan..
duit pitih tak masuk lg..
punyalah berjimat cermat masa makan sahur tu..
beli sebungkus nasi putih-boh padat2..
dimakan pula dengan ayam goreng seketul besar peha..
kuahnya cuma kicap..kadang2 ada serunding..
gaul semua..
aku tukang suap korg..
dengan macam2 kerenah tiap2 pagi..
Wallahi, sampai sekarang aku tak penah lupa cerita ni..walaupun aku dh kawen..
korang pn kan??

Alhamdulillah..koranglah sahabat dunia akhirat..
walaupun mcm perangai kita ni tp hati kita ini ttp satu..
Allah satukan hati2 kita..
walau terluka mcmana pn 'disebabkan dek tersinggung'..
tapi bila berjauh, aku rasa diri aku mcm terbunuh dek krn hilang kawan..
itulah kehebatan Allah..Allah satukan juga kita yg terpisah..

Aku sayang korg..sayang sgt2..mana lg nak dapat kawan mcm korg..Wallahi aku takkan lupa..
kalau aku tak tepon @ msg..bukan bermakna aku tak ingat dan lupa pada korg..tapi kekangan masa yg aku alami selepas berumahtangga ni..Aku doa semoga Allah pelihara Iman kalian dan satukan kita semula di Syurga nanti..ameen..

salam sayang