Sabtu, 21 Januari 2012

.: BERSYUKUR DENGAN KETENTUANNYA :.

Assalamualaikum sahabat2..

Alhamdulillah..bersyukur saya ke hadrat Allah swt kerana sehingga hari ini Allah memberi saya nikmat kehidupan ini bersama iman yang ada di dada bagi menyusurinya mengikut ajaran al-Quran dan as-sunnah.. 

Tersentak hati saya hari ini semasa membaca takleem sebelum maghrib tadi...Hadis tentang 'Ikramul Muslimin' betul2 menarik jiwa raga saga supaya baca lagi dan lagi..(sehingga kan adik saya memberi signal 'kakak, tukar tajuk lain pulak"..


Di antara hadis Rasulullah yang menarik hati saya..

“Tidaklah menimpa seseorang yang beriman itu mengalami rasa sakit yang berpanjangan, kepayahan, penyakit dan juga kesedihan, bahkan sehinggakan kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengannya dosa-dosanya.” 
(Hadis Riwayat Muslim, no. 2573)

Daripada hadis ini menunjukkan bahawa kesusahan, kepayahan, kesakitan, dan juga kesedihan akan menjadi suatu medan penghapus kepada dosa-dosa yang ada padanya. Apa yang tersebut adalah menunjukkan betapa sifat Maha Kasih-sayang Allah subhanahu wa Ta’ala terhadap hamba-hambanya.

Dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu dia berkata, “Ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam, “Beritahulah kepadaku tentang penyakit-penyakit yang menimpa kami ini, apa yang kami perolehi darinya?” Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Pengampunan dosa-dosa”. Ubay bin Ka’ab berkata, “Sekalipun penyakit itu sedikit?” Beliau bersabda lagi, “Sekalipun sebuah duri dan yang lebih kecil lagi...”.” 
(Hadis Riwayat Ahmad, 3/23) 

Hr Bukhari. bab Sakit sebagai Kifarat Dosa, Hadis no 5641


Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seseorang yang akan diberi kedudukan di sisi Allah swt, sedangkan ia tidak dapat mencapai kedudukan itu dengan 'amal'nya, maka Allah terus menerus mengujinya dengan (kesusahan dan kesulitan) yang tidak disukainya sehingga ia dapat mencapai kedudukan tinggi tersebut"
(Hr.Abu Ya'la.Dalam riwayat lain juga dari Abu Ya'la disebutkan:...diberi kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Para perawinya tsiqat- Majma'uz Zawaid III/13) 

Berkali2 saya mengulangi hadis ini..YaAllah, sesungguhnya aku telah berdosa kepada Mu..

Saya masih ingat lagi soalan2 giler saya kepada suami tentang soal zuriat, soal kehidupan, soal kerja dan lain2 lah..kadang2 hilang akal gak saya ni..bila saya sedih sangat2 mengenangkan saya masih belum dikurniakan zuriat lagi setelah 3 tahun berkahwin..macam2 soalan yang saya persoalkan..sedangkan suami saya bersabar je menjawab semua soalan cepu cemas saya ni (moga Allah bagi ganjaran pahala melayan kerenah isteri dia sorg ni)..

Bacaan hadith tadi memang betul2 telah mengajar saya, telah didik hati saya, saya betul2 tenang (sehingga saya sendiri tak sabar2 nak berkongsi hadith ini dengan sahabat2 semua)....Alhamdulillah..YaAllah..Allah sentiasa tak bagi peluang saya terus menerus buruk sangka dengan Allah..Allah terus menerus tarbiah hati saya setiap perkara yang berlaku ini datang dari Allah..bukan maksud Allah mahu menyusahkan saya malah Allah mahu ampunkan dosa2 saya pula..terpulang pada saya untuk bersyukur @ masih mempersoalkan ketentuan Allah ini..dan semestinya bersyukur adalah menjadi keutamaan saya..la haula wala kuwwata illa billah..tiada lah ada aku daya kekuatan melainkanMu YaAllah..


inilah jalan terbaik bagi kita dalam setiap masalah

Pesanan suami yg belum pernah aku lupakan sehingga kini:
 "Selesaikan masalah dengan 'amal'.. 
selesaikan masalah dengan 'amal'.. 
selesaikan masalah dengan 'amal'.. 
insyaAllah..saya akan jadikan 'amal' sebagai jalan penyelesaian dalam semua masalah saya.. 

5 ulasan:

نور توفيقة ادريس berkata...

Assalam..

Akak, I had the same feeling like you are bila baca hadis2 ni..

Banyaknya dosa2 saya dulu (sekarang pun tak lari dari buat dosa jugak..huk), buat saya malu sangat bila sampai dekat hadis2 tu.....

Kerana banyaknya dosa, banyaknya jahiliyyah, Allah uji, uji, dan uji..

Setiap kita ada ujian n tarbiyyah yang Allah tahu terbaik untuk kita, Insya Allah..

Kita sama2 kuat taw!

AHLIA NAIEM berkata...

waalaikumussalam..

sahabatku taufiqiah..
jazakillah berkongsi sama rasa bersama..kita sama..sama rasa..

alhamdulillah saya redha..

doa banyak2 mg Allah mudahkan rezeki kita ye..insyaAllah, kiranya bukan di dunia ini..Allah pasti berikan ganjaran di akhirat sana..

la haula wala kuwwata illa billah..

kelubungbunga berkata...

salam 'alaik ya ustazah..

tumpang ziarah sini kejap.. hihi..

bersabarlah, moga di dalam kesabaran kita itu, Allah akan berada bersama dgn kita. sebab kalau asyik dapat nikmat je pun, takut lupe dekat Dia pulak, ye tak? hihi wallahu'alam.

hmm saya nipun ada jugak benda yg dihajat-hajatkan, dah lama tunggu, tapi Allah belum makbulkan lagi.. huhuhu.. doakan saya ya, moga Allah beri kemudahan bila tiba masanya nanti, insyaAllah..

eh panjang la pulak.. haha.. afwan ye^^ :DDD

p/s: comelnya la tengok tuan rumah ni berniqob^^

AHLIA NAIEM berkata...

waalaikummuassalam cik beah..
bangganya cik beah lalu rumah saya, kenapa tak masuk minum2 dulu..

insyaAllah..saya akan kuat dan sabar dgn semua ni..

jazakillah..

Norsha berkata...

carilah pertolongan Allah dengan sabar dan solat.....

Salam ziarah dik