Khamis, 5 April 2012

.: Cuci-Cuci The NAsyide' :.

masyaAllah..Allah sibukkan saya dgn bermacam2 kerja sejak akhir2 ni..
tanggungjawab sebagai seorg guru..
dan menyambut pelbagai takaza agama..
hehehe..busynya saya ni..
nak update pn takde masa..
jangankan update, nak buka laptop pn tak tentu hala jwbnya..

alhamdulillah..Allah bg sedikit masa yg ada,mg tidak ter'lagho' hendaknya..
atas permintaan kwn2 baik sy yg nak saya update cite baru saya..
insyaAllah, menyusul selepas ni..

sat..nak cuci jap habuk mabuk ni..
nak tulun?
hah..ambik sorg satu..
apa yg penting??
-KEJESAMA-

Jumaat, 24 Februari 2012

BAYI PUN SUJUD APATAH LAGI KITA?



masyaAllah..
Allahuakbar..
la haula wala kuwata illa billah..

Hebat Allah..
Allah Maha Hebat..
segala puji bagi Allah

moga Allah berikan saya dan suami zuriat yang soleh dan solehah juga..
ameen..

Khamis, 23 Februari 2012

.: JADUAL PERTAMA SAYA :.

ASSALAMUALAIKUM.. 
sahabat2 ku sekelian.
ini jadual pertama saya..
nampak sikit je kan??

hehe..nama pun jedual pertama..
lagipun tittle pun guru pelatih lagi..
tak kan ngajar byk2..
boleh pitam oooo..
(ni pun dh separuh pitam)

1.M - murni
K - kasih
H - harapan

sebenarnya saya byk dapat kelas yang bermasalah ni..
tapi Allah yang letak saya di sini..
saya tahu Allah ada sebab letak saya dengan kelas Harapan..
sedikit pening tapi saya mesti cuba yang terbaik..
mmg bukan saya bagi mereka pandai..
hakikatnya Allah lah pemberi kepandaian kepada mereka..
bukan saya..
saya takde pape, saya lemah lagi hina..
semuanya datang dari Allah..

insyaAllah, moga anak murid saya membawa agama dalam diri mereka walau siapa pn mereka nanti..
tapi Allah banyak mudahkan untuk saya..
Allah tahu saya mampu..
insyaAllah, mg Allah sentiasa ada membantu diriku..
ameenn..

Khamis, 16 Februari 2012

.:WELCOME ME TO SEK KEB KG BELUKAR:.

Assalamualaikum sahabat2 ku yang di kasihi sekelian..mg sentiasa dlm redha Allah hendaknya...

agak2 nya masih ada yg sudi tak nak baca blog saya ni..almaklumlah..saya lah manusia paling sibuk akhir2 ni..

agak2 kanapa ek saya sibuk????

sebenarnya saya telah di pilih sebagai salah seorg student di maktab IPG KAMPUS DARUL AMAN (semenjak jadi ustajah ni, ayat pn dh skema) sebagai pelatih guru KPLI j-QAF baru ambilan JAN 2012..saya menghabiskan masa 2 minggu di sana..peeehhhh, sangat fenat..

SEK KEB KAMPUNG BELUKAR
alhamdulillah..selepas itu telah di posting ke SEK KEB KAMPUNG BELUKAR,NAKA KEDAH DARUL AMAN..tersangat 10000000x bersyukur alhamdulillah sbb Allah makbulkan doa saya utk dapat sek sejalan dgn 'encik hubby' ke sekolah..(tak payah beli kereta baru..Allah nak ajar saya hidup bersederhana..saya sangat suka)
pandangan ke arah pintu masuk sek

ok..oleh itu..insyaAllah, tugas saya sudah pn bermula sebagai seorg pendidik..sunnah Rasulullah yg perlu saya galas dalam hidup saya hingga ke akhir nyawa saya..(dakwah maksud hidup saya, insyaAllah)
surau dan padang sekolah baru saya

moga Allah bantu mudahkan segalanya utk saya dan anak murid saya yang saya cintai..Allah jualah tempat saya berserah kerana saya boleh mengajar, tetapi hakikatnya Allah yg memberi pengetahuan kepada mereka..moga anak2 muridku menjadi insan yang ada 'agama' dalam diri mereka, menjadi insan soleh dan solehah..
ameen..


Sabtu, 21 Januari 2012

.: BERSYUKUR DENGAN KETENTUANNYA :.

Assalamualaikum sahabat2..

Alhamdulillah..bersyukur saya ke hadrat Allah swt kerana sehingga hari ini Allah memberi saya nikmat kehidupan ini bersama iman yang ada di dada bagi menyusurinya mengikut ajaran al-Quran dan as-sunnah.. 

Tersentak hati saya hari ini semasa membaca takleem sebelum maghrib tadi...Hadis tentang 'Ikramul Muslimin' betul2 menarik jiwa raga saga supaya baca lagi dan lagi..(sehingga kan adik saya memberi signal 'kakak, tukar tajuk lain pulak"..


Di antara hadis Rasulullah yang menarik hati saya..

“Tidaklah menimpa seseorang yang beriman itu mengalami rasa sakit yang berpanjangan, kepayahan, penyakit dan juga kesedihan, bahkan sehinggakan kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengannya dosa-dosanya.” 
(Hadis Riwayat Muslim, no. 2573)

Daripada hadis ini menunjukkan bahawa kesusahan, kepayahan, kesakitan, dan juga kesedihan akan menjadi suatu medan penghapus kepada dosa-dosa yang ada padanya. Apa yang tersebut adalah menunjukkan betapa sifat Maha Kasih-sayang Allah subhanahu wa Ta’ala terhadap hamba-hambanya.

Dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu dia berkata, “Ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam, “Beritahulah kepadaku tentang penyakit-penyakit yang menimpa kami ini, apa yang kami perolehi darinya?” Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Pengampunan dosa-dosa”. Ubay bin Ka’ab berkata, “Sekalipun penyakit itu sedikit?” Beliau bersabda lagi, “Sekalipun sebuah duri dan yang lebih kecil lagi...”.” 
(Hadis Riwayat Ahmad, 3/23) 

Hr Bukhari. bab Sakit sebagai Kifarat Dosa, Hadis no 5641


Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seseorang yang akan diberi kedudukan di sisi Allah swt, sedangkan ia tidak dapat mencapai kedudukan itu dengan 'amal'nya, maka Allah terus menerus mengujinya dengan (kesusahan dan kesulitan) yang tidak disukainya sehingga ia dapat mencapai kedudukan tinggi tersebut"
(Hr.Abu Ya'la.Dalam riwayat lain juga dari Abu Ya'la disebutkan:...diberi kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Para perawinya tsiqat- Majma'uz Zawaid III/13) 

Berkali2 saya mengulangi hadis ini..YaAllah, sesungguhnya aku telah berdosa kepada Mu..

Saya masih ingat lagi soalan2 giler saya kepada suami tentang soal zuriat, soal kehidupan, soal kerja dan lain2 lah..kadang2 hilang akal gak saya ni..bila saya sedih sangat2 mengenangkan saya masih belum dikurniakan zuriat lagi setelah 3 tahun berkahwin..macam2 soalan yang saya persoalkan..sedangkan suami saya bersabar je menjawab semua soalan cepu cemas saya ni (moga Allah bagi ganjaran pahala melayan kerenah isteri dia sorg ni)..

Bacaan hadith tadi memang betul2 telah mengajar saya, telah didik hati saya, saya betul2 tenang (sehingga saya sendiri tak sabar2 nak berkongsi hadith ini dengan sahabat2 semua)....Alhamdulillah..YaAllah..Allah sentiasa tak bagi peluang saya terus menerus buruk sangka dengan Allah..Allah terus menerus tarbiah hati saya setiap perkara yang berlaku ini datang dari Allah..bukan maksud Allah mahu menyusahkan saya malah Allah mahu ampunkan dosa2 saya pula..terpulang pada saya untuk bersyukur @ masih mempersoalkan ketentuan Allah ini..dan semestinya bersyukur adalah menjadi keutamaan saya..la haula wala kuwwata illa billah..tiada lah ada aku daya kekuatan melainkanMu YaAllah..


inilah jalan terbaik bagi kita dalam setiap masalah

Pesanan suami yg belum pernah aku lupakan sehingga kini:
 "Selesaikan masalah dengan 'amal'.. 
selesaikan masalah dengan 'amal'.. 
selesaikan masalah dengan 'amal'.. 
insyaAllah..saya akan jadikan 'amal' sebagai jalan penyelesaian dalam semua masalah saya.. 

Rabu, 18 Januari 2012

.: ALLAH TARBIAH LAGI :.


subhanallah begitu besar nikmat kehidupan yang Allah beri kita setiap hari hinggalah hari ini..saya sahaja yang belum cukup bersyukur ke hadrat Allah swt atas segala2nya..ighfirli zunubi..Alhamdulillah YaAllah..biar sedikit rezeki kami asalkan ia berkat untuk kami berdua..jangan lebih sehingga kami membazir di atas nikmatMu..

TARBIAH

Tarbiah datang dari Allah swt dengan pelbagai cara..tarbiah datang bukan sebab Allah nak menyusahkan kita tapi sebenarnya Allah nak kita sebagai hambanya sentiasa mengingatiNya setiap masa dan keadaan..bersyukur dengan setiap nikmat yang diberikan kepada kita..



Hari ini saya nak cerita satu kejadian yang saya rasa ini ialah tarbiah dari Allah untuk kami berdua yang mana Allah telah beri peluang buat usaha agama..semoga saya sendiri dan suami mengambil iktibar atas kejadian ini..

Petang ini saya menunggu suami dengan sabar..sebelum ke sekolah tadi suami pesan nak terus buat 2jam setengah lepas sekolah..ternyata memang lambat tidak seperti hari biasa..selesai makan lunch, suami kata nak rehat sebentar sementara nak tunggu solat asar..kami pun berehat..

tiba2 hujan turun dengan lebatnya..masyaAllah..dah la kenyang makan tadi, hujan pulak, mata pun dah nak jadi mata garfield ni..kuyu je..saya menoleh suami, laa,dah terlelap rupanya..mesti penat sangat..




hehehe..pilihlah kita yang mana satu?
Saya pun buat2 membaca buku di sebelah (dengan harapan boleh la kejut suami bangun solat nanti)..sedar2 dah mimpi..hmm..dok syok layan mimpi..(mana tak syok, mimpi masa sekolah menengah dulu2)..tiba2 dengar motor sampai depan rumah..saya dan suami pun bangun terkejut..yaAllah, pukul berapa ni..masyaAllah, 5.30pm dh ni..abg, bangun cepat, abg dah terlepas solat jemaah ni..eh,jap jap..sape yang tin(hon) kita tadi? kami pun mengintai dari tingkap..Allahuakbar, Hj. Nazir (karkun lama marhalah jiran kami) la bang..mesti dia nak ajak khususi ni..saya pun terus ke depan bagitau Hj, Nazir suami saya dalam bilik air..

MALU BIAR BERTEMPAT

Sesudah suami mandi saya nampak air muka suami saya berubah..mesti dia resah sangat sebab tak dapat solat berjemaah, apatah lagi lambat solatnya hari ini, di tambah lagi malu dengan Hj.Nazir..

Saya pun cepat2 menyenangkan hatinya..


"takpe lah abg, ini Allah nak tarbiah kita..memang salah kita pun..betulkan niat,   buat apa nak malu dengan manusia..malu dengan Allah tu, kita terlewat solat"

suamiku tersenyum kelat..kesian saya tengok dia..dia pun keluar terus ke masjid..

pulang dari masjid suamiku mula bercerita..Allah nak tarbiah dia lagi tadi..sampai sahaja di masjid, dia terus solat asar..hatinya resah sebab malu takut orang ternampak dia solat lambat katanya..lepas solat, dia habiskan zikir petang..Hj.Nazir yang di tunggu2 tak pun muncul2..pelik juga sebab td Hj.Nazir gerak dulu ke masjid..

lepas tu Hj.Nazir tegur suami saya dr belakang..

"maaf ustaz, saya pergi kedai tadi"..
 masyaAllah..nak tercabut jantung suami saya..katanya:

"ish,abg malu dengan Allah..Allah nak jaga hati abang sebenarnya tadi sebab tu Allah jalankan Hj.Nazir ke kedai..sepatutnya abg malu dengan Allah, bukan malu dengan manusia bila dah buat salah..astaghfirullah hal 'azim..alhamdulillah Allah ajar kita hari ni"

Kejadian yang sama pernah berlaku tahun lepas apabila kami tertidur sehingga melepasi waktu Asar..masa tu di kejut oleh Cikgu Suhaimi (tuan rumah takleem masturat)..beliau bagi salam entah berapa kali, boleh kami tak sedar..hehehe..mujurlah kami dah menganggap Cikgu Mie macam parent sendiri..malu tu malu juga..tapi kalau bukan asbab Allah hantar Cikgu Mie ke rumah, entah pukul berapa lah kami bangun solat Asar time tu kan kan???



Rasulullah SAW bersabda:


“Malulah kepada Allah dengan sebenar-benar malu.” Para sahabat menjawab: “Kami memang malu kepada Allah, wahai Rasulullah, alhamdulillah.” Baginda berbicara lagi:

“Bukan itu yang aku maksudkan. Malu kepada Allah dengan sebanar-benar malu ialah: Engkau memelihara kepala dan apa yang difikirkan, engkau memelihara perut dan apa yang diisikan ke dalamnya, engkau mengingati mati dan segala kehancurannya. Dan barangsiapa yang inginkan akhirat, dia tinggalkan perhiasan kehidupan, dan dia utamakan akhirat dari dunia. Barangsiapa yang melakukan sedemikian barulah dikatakan dia malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu.”

sumber:iluv islam


Isnin, 9 Januari 2012

.: SANAH HILWAH YA ZAUJI :.

moga kita bertiga tahun ni..

SANAH HILWAH BAINANA


Alhamdulillah..hari ni, 16 REJAB kami menyambut HARI LAHIR kami mengikut bulan Islam..inilah dikatakan Pengetahuan Allah kita sendiri manusia tidak tahu..Sebelum kahwen tak tahu pun tarikh lahir kami sama..bila dh tahu mcm ni seronok pulak rasanya..tak payah nak celebrate ikut kalendar biasa dah..




Memulakan hari dengan tahajjud bersama, memohon semoga hubungan kita mendapat redha Allah swt, memohon semoga kehidupan kita menjadi seperti kehidupan Nabi,berdiri atas sunnahnya..memohon semoga Allah pilih kita lagi dan lagi di dalam usaha agama ini..




yang paling penting, semoga Allah beri kita zuriat yg soleh lg solehah, hafiz dan hafizah, 'alim dan 'alimah, daie insyaAllah..yg menjadi penyejuk hati kita nanti, yg menjadi contoh kepada ummat seluruh alam..yg terbaik yg dapat doa kan kita semasa kita di alam kubur nanti..


insyaallah, fi mustaqbal..


ada lagi tak nak minta??


apa2 yang terbaik untuk kita..semuanya datang dari Allah..kita merancang tapi perancangan Allah is the best in the world..